Sabtu, 1 Mac 2014

 6:41 PTG         3 comments
Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada masa kini peluang untuk kita mendapat ilmu begitu luas dan mudah. Pada petang ini, Ustazah membaca status fb Ustaz zahazan mohamed  berkaitan betapa pentingnya kita punyai sahabat yang baik agar boleh memberi syafaat pada kita di akhirat kelak.


Diriwayatkan bahawa: Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemui sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada ALLAH: "Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat²mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah."
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri ra berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at ( utk diberikan kpdmu ) pada hari Kiamat nanti".



Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-MU."

Sahabatku.. Mudah²an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang ALLAH.

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..

آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya ALLAH... Aku Memohon kepada-MU. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-MU. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

WAHAI PARA SAHABATKU !

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI.....

JIKA KAU Dapati AKU TIADA DALAM pertemuan kita di SYURGA NANTI..

3 ulasan:

  1. Bila kita pilih kawan yang tepat insyaAllah kita akan menuju kejayaan dunia akhirat, kan ustazah?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. betul tu. singgah sambil menabung sini ~~~

    BalasPadam
  3. Salam.
    Besar rupanya peranan sahabat kepada kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim