Sabtu, 1 Mac 2014

 8:57 PG         41 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada hari Khamis lepas Ustazah agak lapang boleh balik awal dari sekolah. Jadi sempatlah Ustazah nak siapkan 2 jenis kek petang itu Satu tempahan kek cheese meleleh dan satu lagi kek span cheese.

Jom bagi sesiapa yang nak berbisnes atau untuk makan sendiri boleh ikut resepi di bawah ini.


Saiz Besar

Kek Cheese Meleleh

Bahan A

80gram tepung gandum*
20gram serbuk koko*
60gram tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovellet
100 gram gula halus
50gram air daripada peti sejuk
6 biji telur dan asingkan 2 biji putih telur. ( hanya perlukan 4 biji putih telur sahaja )
75 gram planta dicairkan

Cara menyediakan :

1. Satukan telur,gula dan ovellet.
2. Pukul dengan kelajuan yang tinggi hingga adunan gebu dan ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan koko powder yang telah diayak.
3. Masukkan planta cair dan  air kemudian pukul sebentar.
4. Sediakan loyang 10" x 10" yang dilampik dengan kertas kalis minyak dan oleskan dengan planta atau marjerin .
5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah dan boleh dibakar selama 40 minit.
6. Setelah masak biar sejuk dan belah dua kek tersebut.


Bahan B ( Cheese Melelah )

250 gram cream cheese
120 gram susu pekat manis
50 gram whip cream
( ustazah tambah sedikit susu cair agar tidak terlalu pekat )

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Jika mahu tambah susu cair masukkan setelah adunan cheese selesai agar kita boleh mengagak kadar kepekatan yang sesuai.

Cara meletakkan cheese meleleh ialah dengan potong kek menjadi 2 bahagian. Letakkan cheese di lapisan pertama, kemudian letakkan selapis kek lagi dan tuangkan cheese m elelah lagi. Saiz bergantung kepada anda. Jika mahu letak di tupperware potonglah kecil2. Jika ingin sebuku kek tidak perlulah di potong.

Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

Tempaha sempena pelancaran Amalan Guru Penyayang

Saiz kecil

41 ulasan:

  1. Fuhhh memang terliur abes :)

    BalasPadam
  2. nk tanye harga bekas kecil brapA RM

    BalasPadam
  3. Ustazah jual RM5, ramai orang jual RM6

    BalasPadam
  4. Salam..saya nak tanya utk buat kek
    tu..
    Yang telut tu ambik putih telur sahaja drp 4 biji telur..
    dan kuning telur sahaja drp 2 biji..
    adakah itu msksud nya..

    BalasPadam
  5. waalaikum salam, maksudnya 6 biji telur tu buangkan 2 biji putih telurnya.ambik 4 biji putih telur sahaja dan kuning telurnya ambil semuanya.

    BalasPadam
  6. Oo..makna nye..4 biji telur termasuk dengan putih dan kuning diambil n yang 2 biji lagi hanya ambil kuning sahaja..

    BalasPadam
  7. Ye..cuba buatlah keknya lembut tetapi masa baru angkat nampak keras bila dah sejuk amat lembut . andai lah ustazah tahu siapa yang bertanya ni boleh kita bersilaturrahim

    BalasPadam
  8. meleleh air liur tgk ni.. :)

    BalasPadam
  9. Salam ustzah...bole msg sy x...xpom whatsap nk tnye resepi 0139380390

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waslm.. Bole dan ustaZah pun dah contact melalui whatsap

      Padam
  10. Ustazah ada fb tak..lina 0179587672..nak blajar resepi ustazah..

    BalasPadam
  11. hye sazah ain, saya berminat la kek sazah ni, sedap sgt, suka, nt bt lagi ye ^_^

    BalasPadam
  12. Jazakillahu khaira kathira ida ..selalu beli kek akak

    BalasPadam
  13. Askum.sya tringin nak bt kek ni .ustazah ada fb ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, buatlah. Ada.. Klik kat sebelah atas kanan blog ustzh ni .. ada logo FB

      Padam
  14. salam ramadhan.....salam raya.....yg bakal mjelma....mtk kbnaran mguna resepi ustazah.....semiga pjg umur murah rezeki...wassalam

    BalasPadam
  15. Salam...syA pn nk try buat lh ....thanks kongsi resepi ni....wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm... Silakn dan saya doakan semoga menjadi keknya

      Padam
  16. Uztazah,sy nk tnye kena pukul berapa lama ya baru kek jd gebu n ringan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak lama juga sehingga naik dan gebu,

      Padam
  17. Aslmlkm...ustzah..bleh wsap sy x?no 0179595811..nk tny resipi...syukran....nur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm dan alhamdulillah sudah berkenalan di wsap

      Padam
  18. Assalamualaikum ustazah. Sya nk tnya skit. Telur tak perlu dipukul asing ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. Ustazah dah edit semula cara membuatnya. Ye sebaiknya pukul telur,gula dan ovellet dahulu hingga kembang barulah masukkan tepung

      Padam
  19. Ustazah... masokkanlah dalam utube...lbih senang dan faham. Nk try nmpk sedap....

    BalasPadam
  20. Ustazah ada whatsapp x? Saya nak order

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.. tapi sape pula ni ye letak nama

      Padam
  21. Assamualaikum ustazah...maaf brtnya. Telur guna gred apa ya? Adakah saiz telur akan mempengaruhi tekstur kek trsebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..telur gred B yg ustazah selalu gunakan..bila saiz kecil baru mempengaruhi tekstur kek . bila guna gred c lebihkab sebiji lebih baik

      Padam
  22. Letak Cheese memang meleleh, lagi banyak lelehannya lagi sakan. Erm, boleh buka kedai kek dah ni.

    BalasPadam
  23. Assalammualaikom ustazah....ustazah guna cream chees jenama apa..sya x tau yg mana satu cream chees yg halal..

    BalasPadam
  24. Ustazah,kalau saya nak oder mcm mana.Boleh tak ustazah bagi no tel yg ada wasap.

    BalasPadam
  25. Salam kenal..izin saya copy ya,insyaAllah saya nak cuba membuat guna resepi ustazah ni...

    BalasPadam
  26. Assalam..ustazah terima kasih banyak2 saya dah cuba resrpi ni, alhamdulillah memang sedap..moga Allah membalas kebaikan ustazah..aamiin.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum ustazah..sy mhon share yew resepi ni...bole whatsapp sy untuk sy brtye dgn lbih lnjut ag..mklum lah org bru nk blja...

    BalasPadam
  28. Sy nk try resepi ni ye ustazah..nmpk sdp... :)

    BalasPadam
  29. Salam..ustzh.sya nk no wassap ustzh..sya berminat nk bljr kek yg ustzh tunjk ni..

    BalasPadam
  30. salam ustazah, container yg size kecil tu ustazah bwat cmna? steam-bake atau steam atas stove je?

    BalasPadam
  31. assalamualaikum..ustazah boleh saya minx no utk order??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim