Ahad, 30 Mac 2014

 2:51 PTG         16 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah seperti tahun lepas, tahun ini para perserta majlis sbb2014 diberikan lagi senaskhah buku yang berjudul denaihati. Buku ini adalah hasil nukilan Tuan Hj Mohd Ilham @ Amir yang berasal daripada Johor.

Tuan Hj Mohd Ilham @ Amir
Buku ini begitu menarik bagi ustazah kerana melalui buku ini kita dapat mengenali lebih lanjut tentang blogger yang telah berjaya dengan menempa mana mengikut niche masing-masing.

Boleh beli online melalui : http://kedai.denaihati.my/
Antara blogger yang dapat kita kenali melalui buku ini ialah :


Ustazah amat berbangga kerana tageline yang digunaka oleh denaihati.com adalah Hidupkan Untuk Memberi. Ustazah sudah praktikkan dalam hidup dan memang betul kalau mahu murah rezeki janganlah jadi orang kedekut. Berilah dengan penuh keikhlasan mengikut kemampuan dengan apa yang kita miliki. Terlalu banyak kisah sebenarnya.Kita lihat sahaja bagaimana Tuan Hj Ilham rezekinya sentiasa murah. Terima kasih kerana berjaya menganjurkan majlis sbb untuk kali ketiga, harap-harap tahun depan dianjurkan lagi majlis ini.

Ustazah menerima iphone5s tajaan Pn. Rozita Ibrahim yang disampaikan oleh denaihati.


ciklaili.com
Inilah sifu ustazah dalam berblog. Orangnya langsung tidak lokek dengan ilmu yang dimiliki malah sanggup mengmake over blog blogger yang berada di tempat kami. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan kebaikan padanya. Pendapatan blognya pun hebatkan, sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau pasti tahu.

HafizMohd.Com
Tahniah ustazah ucapkan pada Hafizmd yang telah berjaya memenangi contest-yeos-malaysia-sepetang-bersama-blogger. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan daripada ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anaknya nyata membuahkan hasil. Oleh itu, jangan menganggap doa suatu perkara yang remeh sehingggakan ustazah berjaya memdapat cabutan bertuah iphoe5s pun adalah berkat doa ibu dan anak-anak.


Amat bagus panduan yang diberikan olehnya untuk menjadi blogger yang berjaya. Memang ustazah perlu ikut nasihatnya di mana untuk menjadi blogger yang berjaya perlulah ;
1. Kenali diri sendiri
2. Belajar secara bijak
3. Cari peluang "improve" gaya penulisan dalam blog.
4.Be creative
5. Berani  suarakan pendapat.
Sebagai langkah pertama ustazah beranikan diri untuk menyahut seruan denaihati agar senaraikan nama blog yang terdapat di dalam buku denaihati in sha Allah berhasillah hendaknya.

Setiap kali ada event denaihati pasti kutipan dana untuk Maahad Tahfiz Ustaz noehas akan diadakan. Syukur kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk membuat tabungan akhirat. Banyak juga kembara denaihati yang disertai oleh beliau. Setiap kali event denaihati pasti beliau yang akan dijemput untuk membaca doa memohon keberkatan daripada Allah swt.

Sampai sekarang ustazah kagum dengan ibu ini. Begitu aktif dan terror tentang ilmu blog terutama dalam SEO. Ilmunya banyak membantu blogger lain, kelihatan bersahaja apabila mengenalinya tetapi mantap blognye walaupun ia seorang suri rumah tangga. 

Antara blogger yang berjaya menjadikan blog adalah suatu kerjaya. Tentu pendapatannya lumayan hasil berblog sehinggakan ia berjaya menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Memang peramah dan aktif orangnya. Bila ye nak datang rumah ustazah? Khabarnya minggu ini beliau pulang ke Sg Besar rumah mertua.

Blog yang sentiasa sensasi dengan rencah alam poligami dan kisah abang Jamil. Boleh jadi panduan untuk mereka yang ingin menjadi Abang Jamil ( jangan marah ye ). Selain itu, usaha gigihnya dalam memasarkan bisnes tudung online melalui blognya nyata telah memberikan kejayaaan padanya. Kalau ustazah pasarkan kek melalui online boleh juga ni..opps! keterikatan sebagai guru perlu diambil perhatian.

Salah seorang ibu bekerjaya dan berjaya menempa nama melalui dunia blog. Nyata beliau berjaya mengimbangi masa sebagai seorang ibu, isteri, kerjaya dan blogger. Siapapun boleh berjaya katanya jika punyai tekad, keyakinan dan kesungguhan.

Pada awal ustazah jumpa beliau di sbb2013, dia tak kenal ustazah pun masa tu. Mula bertegur semasa majlis buat duit dengan blog. Peramah juga orangnya. Terima kasih ye buat entri hari tu tentang 7 orang blogger meyerlah di SBB2014.Mahu buat banklink ke blognya tetapi entah kenapa tidak boleh buka pula.

Blogger anarm adalah antara orang kuat di denaihati. Ustazah suka dengan dia kerana dia inilah orang yang jaga undian cabutan bertuah. Terima kasih banyak-banyaknya dah dua kali nama ustazah naik dengan mendapat Ipad Mini di Sbb2013 dan Iphone5s di Sbb2014. Bila jumpa lain kali nanti ustazah belanja sate dan cendol..nak tak?

Beliau juga adalah seorang yang hebat dalam Web Developer, Blogger, Netpreneur and Thinker. Teringin juga mendapat khidmat nasihat daripadanya, hai tapi malu sebenarnya nak tanya dengan pakar-pakar ni. in sha Allah satu hari nanti.

Antara blogger yang hadir di sbb2013 terakam dibuku denaihati
Seorang penyayi, blogger dan pramugara. Apabila membaca pengalaman dulu2 beliau banyak pengajaran yang kita perolehi. Selain itu, pasti beliau pasti ketika ini masih resah dan sedih atas kehilangan rakan dan kapal terbang MH370. Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan semoga Allah mudahkan segala urusan pencarian pesawat tersebut.

ariffshah.com
Apabila membaca profil beliau sudah banyak kejayaan yang dikecapi hasil daripada berblog. Apatah lagi namanya ada tersenarai di dalam buku denaihati pasti memang bukan sebarang orang dalam dunia blog. Semasa di Sbb ada ternampak beliau dengan isterinya..tinjau dari jauh sahaja tak sempat nak bertegur.

Ramai lagi sebenarnya blogger yang tersenarai dalam buku denaihati ini antaranya :


Alhamdulillah ustazah adalah silent reader bagi blog mereka memandangkan kelebihan yang ada pada blog itu selain ikatan jalinan ukhwah pasti akan terjalin.

Jazakallahu khairan kathira #denaihati kerana anjurkan review mudah ini dengan menyenaraikan serta adakan backlink blog yang tersenarai dalam buku denaihati. Makin sayanglah blogger yang tersenarai pada buku tersebut pada tuan denaihati..dapat ilmu juga melalui contest mudah ini, untuk dihargai,terlebih dulu hargailah orang lain dahulu.

 





16 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustazah

    Alhamdulillah.sedekah hikmahnya amat besar...terima kasih ustazah utk ingatan

    Terima kasih juga catatkan blog saya..terharu diletakkan sebaris dgn blogger2 hebat...moga ustazah dan kite dimurahkab rezko...

    Tahniah juga ustazah...mng cbutan bertuah hari tu..

    BalasPadam
  2. Terima kasih Ustazah kerana menyelitkan blog saya di dalam senarai.

    BalasPadam
  3. sama-sama untuk Hafiz dan abang ensem, alhamdulillah sudi juga blogger mantap singgah blog ustazah ni.

    BalasPadam
  4. terima kasih ustazah dengan entri special ni. blog ustazah ni sebenarnya tak kurang hebatnya.

    BalasPadam
  5. Banyak yang perlu diperbaiki lagikan Tuan Denaihati..terima kasih kembali

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah ustazah, memberi itu lebih baik dari yang menerima kan..
    ramai blogger2 hebat ada dlm buku tu kan

    BalasPadam
  7. Good entri ustazah ain. Byk mender yg kita boleh belajar dari org lain. Yg penting niat utk mencari ilmu kan ustazah? Tahniah bertuah lagi kali ini. Rejeki ustazah menang besar lagi..heheheh

    BalasPadam
  8. Betul tu MJ, in sha Allah boleh dpt zuriat berkat memberi . Kak Ayu rasa seronok borak dengan Akak.

    BalasPadam
  9. saya balik kampung sabtu dan balik putrajaya hari ahadnya... kejap je balik.. hehehe... btw, terbaiklah kupasan Ustazah.. kenal mengenali dan silaturrahim telah wujud..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nak balik KL sekarang asyik jem je jalankan.ok bila2 jemput dtg rumah ye

      Padam
  10. salam.senarai pendek cukup otai di mata saya.rasanya masih ada yang saya tak kenal ni huu

    BalasPadam
  11. assalamualaikum

    salam perkenalan ustazah...anyway tahniah menang hp aritu :)

    BalasPadam
  12. wahhhh panazzz ya ustazah hihi
    terimakasih ustazah

    BalasPadam
  13. Salam perkenalan ustazah. Alhamdulillah mereka yg tersenarai bukan calang2 blogger, termasuk juga blog ustazah. Semoga ukhwah sesama kita terjalin mesra :)

    BalasPadam
  14. senang nk blogwalking..terima kasih atas perkongsiannya.

    BalasPadam
  15. mereka boleh dijadikan sumber inspirasi dan contoh dalam dunia blogging..
    shark turut pamerkan nama mereka di blog :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim