Isnin, 31 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan program Jom Masuk U untuk lepasan SPM dan STPM.

 Lihat gambar di bawah untuk maklumat program tersebut :



Datanglah beramai-ramai, in sha Allah banyak input yang akan diperolehi demi masa depan anda semua.

Ahad, 30 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah seperti tahun lepas, tahun ini para perserta majlis sbb2014 diberikan lagi senaskhah buku yang berjudul denaihati. Buku ini adalah hasil nukilan Tuan Hj Mohd Ilham @ Amir yang berasal daripada Johor.

Tuan Hj Mohd Ilham @ Amir
Buku ini begitu menarik bagi ustazah kerana melalui buku ini kita dapat mengenali lebih lanjut tentang blogger yang telah berjaya dengan menempa mana mengikut niche masing-masing.

Boleh beli online melalui : http://kedai.denaihati.my/
Antara blogger yang dapat kita kenali melalui buku ini ialah :


Ustazah amat berbangga kerana tageline yang digunaka oleh denaihati.com adalah Hidupkan Untuk Memberi. Ustazah sudah praktikkan dalam hidup dan memang betul kalau mahu murah rezeki janganlah jadi orang kedekut. Berilah dengan penuh keikhlasan mengikut kemampuan dengan apa yang kita miliki. Terlalu banyak kisah sebenarnya.Kita lihat sahaja bagaimana Tuan Hj Ilham rezekinya sentiasa murah. Terima kasih kerana berjaya menganjurkan majlis sbb untuk kali ketiga, harap-harap tahun depan dianjurkan lagi majlis ini.

Ustazah menerima iphone5s tajaan Pn. Rozita Ibrahim yang disampaikan oleh denaihati.


ciklaili.com
Inilah sifu ustazah dalam berblog. Orangnya langsung tidak lokek dengan ilmu yang dimiliki malah sanggup mengmake over blog blogger yang berada di tempat kami. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan kebaikan padanya. Pendapatan blognya pun hebatkan, sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau pasti tahu.

HafizMohd.Com
Tahniah ustazah ucapkan pada Hafizmd yang telah berjaya memenangi contest-yeos-malaysia-sepetang-bersama-blogger. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan daripada ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anaknya nyata membuahkan hasil. Oleh itu, jangan menganggap doa suatu perkara yang remeh sehingggakan ustazah berjaya memdapat cabutan bertuah iphoe5s pun adalah berkat doa ibu dan anak-anak.


Amat bagus panduan yang diberikan olehnya untuk menjadi blogger yang berjaya. Memang ustazah perlu ikut nasihatnya di mana untuk menjadi blogger yang berjaya perlulah ;
1. Kenali diri sendiri
2. Belajar secara bijak
3. Cari peluang "improve" gaya penulisan dalam blog.
4.Be creative
5. Berani  suarakan pendapat.
Sebagai langkah pertama ustazah beranikan diri untuk menyahut seruan denaihati agar senaraikan nama blog yang terdapat di dalam buku denaihati in sha Allah berhasillah hendaknya.

Setiap kali ada event denaihati pasti kutipan dana untuk Maahad Tahfiz Ustaz noehas akan diadakan. Syukur kita sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk membuat tabungan akhirat. Banyak juga kembara denaihati yang disertai oleh beliau. Setiap kali event denaihati pasti beliau yang akan dijemput untuk membaca doa memohon keberkatan daripada Allah swt.

Sampai sekarang ustazah kagum dengan ibu ini. Begitu aktif dan terror tentang ilmu blog terutama dalam SEO. Ilmunya banyak membantu blogger lain, kelihatan bersahaja apabila mengenalinya tetapi mantap blognye walaupun ia seorang suri rumah tangga. 

Antara blogger yang berjaya menjadikan blog adalah suatu kerjaya. Tentu pendapatannya lumayan hasil berblog sehinggakan ia berjaya menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Memang peramah dan aktif orangnya. Bila ye nak datang rumah ustazah? Khabarnya minggu ini beliau pulang ke Sg Besar rumah mertua.

Blog yang sentiasa sensasi dengan rencah alam poligami dan kisah abang Jamil. Boleh jadi panduan untuk mereka yang ingin menjadi Abang Jamil ( jangan marah ye ). Selain itu, usaha gigihnya dalam memasarkan bisnes tudung online melalui blognya nyata telah memberikan kejayaaan padanya. Kalau ustazah pasarkan kek melalui online boleh juga ni..opps! keterikatan sebagai guru perlu diambil perhatian.

Salah seorang ibu bekerjaya dan berjaya menempa nama melalui dunia blog. Nyata beliau berjaya mengimbangi masa sebagai seorang ibu, isteri, kerjaya dan blogger. Siapapun boleh berjaya katanya jika punyai tekad, keyakinan dan kesungguhan.

Pada awal ustazah jumpa beliau di sbb2013, dia tak kenal ustazah pun masa tu. Mula bertegur semasa majlis buat duit dengan blog. Peramah juga orangnya. Terima kasih ye buat entri hari tu tentang 7 orang blogger meyerlah di SBB2014.Mahu buat banklink ke blognya tetapi entah kenapa tidak boleh buka pula.

Blogger anarm adalah antara orang kuat di denaihati. Ustazah suka dengan dia kerana dia inilah orang yang jaga undian cabutan bertuah. Terima kasih banyak-banyaknya dah dua kali nama ustazah naik dengan mendapat Ipad Mini di Sbb2013 dan Iphone5s di Sbb2014. Bila jumpa lain kali nanti ustazah belanja sate dan cendol..nak tak?

Beliau juga adalah seorang yang hebat dalam Web Developer, Blogger, Netpreneur and Thinker. Teringin juga mendapat khidmat nasihat daripadanya, hai tapi malu sebenarnya nak tanya dengan pakar-pakar ni. in sha Allah satu hari nanti.

Antara blogger yang hadir di sbb2013 terakam dibuku denaihati
Seorang penyayi, blogger dan pramugara. Apabila membaca pengalaman dulu2 beliau banyak pengajaran yang kita perolehi. Selain itu, pasti beliau pasti ketika ini masih resah dan sedih atas kehilangan rakan dan kapal terbang MH370. Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan semoga Allah mudahkan segala urusan pencarian pesawat tersebut.

ariffshah.com
Apabila membaca profil beliau sudah banyak kejayaan yang dikecapi hasil daripada berblog. Apatah lagi namanya ada tersenarai di dalam buku denaihati pasti memang bukan sebarang orang dalam dunia blog. Semasa di Sbb ada ternampak beliau dengan isterinya..tinjau dari jauh sahaja tak sempat nak bertegur.

Ramai lagi sebenarnya blogger yang tersenarai dalam buku denaihati ini antaranya :


Alhamdulillah ustazah adalah silent reader bagi blog mereka memandangkan kelebihan yang ada pada blog itu selain ikatan jalinan ukhwah pasti akan terjalin.

Jazakallahu khairan kathira #denaihati kerana anjurkan review mudah ini dengan menyenaraikan serta adakan backlink blog yang tersenarai dalam buku denaihati. Makin sayanglah blogger yang tersenarai pada buku tersebut pada tuan denaihati..dapat ilmu juga melalui contest mudah ini, untuk dihargai,terlebih dulu hargailah orang lain dahulu.

 





Sabtu, 29 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah, cuti kali ini Ustazah sekeluarga dipelawa untuk mengikuti program belia warga Kampung Banting untuk program Mukhayyam Tarbawi JKKK Kg Banting.

Berselfie dulu sebelum bertolak
Jadual telah diatur, penginapan juga telah ditempah dan kami siap sedia bertolak pada petang Rabu jam 3.00 petang.

Sesampai di sana, kami mahu solat asar dahulu. Anak Ustazah mula kegelisahan kerana melihat chalet seperti pondok dan bilik air yang agak kurang selesa. Untuk pengetahuan pembaca juga yang ingin ke sini, keadaan lautnya tidaklah sebiru di Teluk Batik kerana kedudukannya di penghujung malah kawasan nelayan, so airnya agak kelabu dan keruh sedikit. Pengunjung pun tidaklah seramai atau. Sesak sangat di sini. Satu lagi yang mungkin kita tidak selesa di sini ialah masalah lalat yang begitu banyak. Jika nak berbbq memang sesuai tempatnya tetapi siap sedia dengan serangan lalat yang menggelikan, tetapi hanya pada siang hari sahaja. Apabila malam lalat tiada alhmadulillah. Jadi eloklah kita berbbq pada waktu malam.Setelah ustazah meninjau, memang kurang sesuai  lantas ustazah meminta izin untuk mencari penginapan lain yang berhampiran. Kegirangan anak ustazah.
Jika untuk program motivasi atau ikhtiar hidup memang sesuai.

Selesai solat dan meletakkan barang, anak-anak dan ahli yang lain apalagilah , terjun laut untuk mandi manda. Para ibu bapa dan   JKKK yang lain sibuk menyediakan unggun untuk BBQ malam nanti.

Sesi Pegisian Tazkirah
Usai solat maghrib, sedikit tazkirah ringkas diadakan. Bagus pengisian kali ini. Masa yang dinanti untuk menikmati BBQ ayam dan ikan keli. Sambal cicahnya memang sedap hasil tangan Pak Hamid ketua kampung kami. Pada malam itu ada juga yang sibuk memancing dan berbual kosong dianjung chalet. Cuaca agak hangat, ada sebahagian chalet tidak berkipas. Banyak uji kesabaran jauh dari keselesaan. Ustazah mengemaskan tempat makan dan membuatkan bahan untuk sarapan pagi esok seterusnya kembali ke chalet penginapan anak-anak.

Memang best dan sedap
Membantu memanggang
Rajin mereka memancing..macam tak sangkut ikan je
Awal pagi kami bersiap untuk turun  sekali lagi ke laut. Biarlah mereka bermain dan ustazah mahu menyiapkan sarapan pagi bersama ahli JKKK yang lain. Haish! Melihat anak bermain dan berendam ditepi pantai terasa teringin juga dan sempatlah juga menikmati keseronokan bermain dengan anak-anak. Di hati sentiasa teringatkan pelbagai hal dan mendoakan yang terbaik. Sempat juga Ustazah berpesan pada anak-anak jangan lupa memuji Allah SWT sambil bermain.

Paling membahagiakan..ALHAMDULILLAH
Pada masa itu juga, para belia dan bapa sibuk menjalani latihan memanah. Lucu melihat gelagat mereka dan terasa Ukhwah terjalin. 

Sedang diberi tunjuk ajar
Hebat anak muda ini pernah menang peringkat daerah
Setelah penat bermain kena segera bersiap untuk check out dan perlu menyiapkan masakan tengahari . Anak-anak sudah kepenatan dan setelah selesai makan ustazah minta izin untuk pulang dahulu.

Pemandangan indah disepanjang awal masuk ke Teluk Senangin
Pulang dahulu
Padah pulang awal tanpa berkonvoi tersesat juga ustazah lebih 1/2 jam. Setelah sampai di Lekir teringat pula laptop tertinggal di chalet. Astagfirullah  .. Segera ustazah menelefon mereka yang mungkin belum bertolak. Apakandaya semuanya sudah balik dan terpaksalah juga ustazah berpatah balik dan syukur anak tidak merungut.

Syukur segalanya ok dan ustazah sampai area jam 7.00pm , anak-anak dah kenyang dan bersedia pula untuk esok rewang rumah jiran dan mahu membuat kek 3 tingkat.

Semoga Allah mudahkan dan rahmati kita selalu.


Kami meginap di sini


RM140 untuk satu malam


Jika ingin menempah chalet ala pondok sila hubungi nombor di atas











Rabu, 26 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah Alhamdulillah pantas sungguh masa berlalu. Tentu pada masa ini ada pihak redaksi sekolah sedang giat mencari bahan untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah untuk tahun 2014 .

Baiklah di sini Ustazah mahu kongsikan link untuk download kata alu-aluan daripada YAB Menteri Pendidikan Malaysia untuk majalah sekolah tahun 2014.

Sila klik pada link di bawah : 



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah, apa juadah sarapan pagi para pembaca hari ini yang dirahmati Allah SWT. Ustazah merancang hari ini mahu membuat nasi lemak, tetapi pagi- pagi lagi pengasuh anak Ustazah iaitu Wak Mar sudah datang bertandang dengan membawa 7 bungkus nasi lemak dan 6 ketul kuih pau goreng.

Wak Mar : Besar sungguh jasamu
Lantas Ustazah mendoakan kemurahan rezeki yang berganda kepada War Mar sekeluarga. Bolehlah Ustazah buat kerja lain, nak kemas rumah, basuh kain dan berkemas untuk percutian ke Teluk Senangin petang ini.
Nasi Lemak Special
Pau goreng..nyum..nyum

Ok, Jom sarapan dulu.





Selasa, 25 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ini terasa begitu indah, ringan badan setelah penat menguruskan majlis perkahwinan anak saudara tetapi sedih juga terlalu banyak ujian yang dihadapi sejak akhir-akhir ini. 

Masalah kemarau, kepanasan,kehilangan MH370 dan hukuman mahkamah di Mesir.

Masjid adalah satu tempat mengadu kepada Allah SWT . Ya, di sini penuh ketenangan, memohon keampunan atas segala dosa, memohon rahmat dan pertolongan dengan beristighfar, membaca Al- Quran, berdoa dan berzikir serta berselawat.

Semoga setiap ujian dan ni'mah yang kita perolehi berjaya mendidik diri agar terus hampir pada Allah SWT .

Ya Allah ampunilah kami.

Damainya kami di sini

Jumaat, 14 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini Ustazah teringin pula menyertai Peraduan 80 Day Drink Yeo's to Cash. Semoga ada rezeki dan kena usaha bersungguh dan diharap boleh memenangi beberapa hadiah yang ditawarkan.

Hadiah yang ditawarkan sungguh menarik dan apa kata beramai-ramai kita joint peraduan mudah ini melalui wechat.

Ada sebab tersendiri Ustazah menyertai contest ini dan memang amat berharap ada rezeki. Semoga blogger atau sesiapa sahaja yang menyertai contest ini akan berjaya. Jika sebaliknya pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mudah bukan? Menang alhamdulillah dan jika tidak ada rezeki redhalah pasti ada rezeki di tempat lain.

Jom sertai..



Khamis, 6 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pada hari Ahad lepas rasa bahagia dapat memasak untuk anak-anak. Anak Ustazah jenis yang tidak cerewet tentang hal makanan yang penting ada ayam goreng atau telur goreng sudah mencukupi. Sayur tiada masalah mereka lebih sukakan sup sayur dan tom yam.

Ustazah masak amat ringkas iaitu sayur rebus mudah atau "jangan bening" menurut istilah jawanya. Masakan ini kanak-kanak pun boleh masak. Jom kita explore apa resepinya. Semuanya kira agak-agak sahaja jika sayurnya banyak jadi banyaklah bahan asasnya seperti bawang dan ikan bilis.

Sayur Rebus ( Jangan Bening )

Bahan A

Bawang merah
Bawang putih
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
( tumbuk semua bahan di atas atau dihiris halus, lebih sedap ditumbuk dengan lesung batu)

Bahan B

Air untuk rebusan sayur
Sedikit kobis
Sedikit kentang
Sedikit lobak metah
Sedikit suhon.
Sedikit daun sup atau daun cekur

Cara memasak.

1. Sediakan periuk yang berisi air yang agak banyak dan masukkan bahan A.
2. Rebuskan kentang dan lobak merah hingga empuk.
3. Setelah kentang dan lobak merah empuk masukkan kobis hingga agak layu sedikit.
4. Masukkan sedikit gula dan sedia untuk dihidang.

Ustazah amat suka hidangan ini dan enak dimakan dengan ikan masin serta sambal belacan.




Selasa, 4 Mac 2014

Bismillah dan Alhamdulillah

Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akbar

Ameen Ya Rabb..Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Mendengar.

Menitis air mata kesyukuran lantas bersujud sebagai tanda syukur apabila doa dikabulkan. Malam tadi Ustazah telah dijemput oleh warden asrama untuk menyampaikan pengisian kuliah maghrib bersama pelajar asrama perempuan. Di kesempatan itu, secara berjemaah kami memohon keampunan atas segala kesilapan dan dosa yang kami lakukan sama ada yang kami sedari atau sebaliknya.

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Pengampun

Kami benar-benar merayu akan keampunan, memohon agar diturunkan hujan supaya berkurangannya kepanasan dan jerebu yang melanda di tempat kami malah di tempat lain. Masing-masing teresak-esak menyedari atas kesilapan kami inilah Allah SWT memberikan sedikit pengajaran agar kita kembali dan beringat mengingati-Nya.

Benarlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Alhamdulillah pada pagi ini bermula jam 6.00 pagi daerah Ustazah telah diturunkan hujan..segala puji bagi Mu Ya Allah...sungguh Engkau Maha Penyayang dan Maha Mendengar. Kelihatan jalan basah dan pepohon sepertinya begitu segar dan berkurangnya tahap jerebu.

Maka melalui hal ini, anak murid dan diri begitu meyakini akan janji Allah SWT serta pohonlah apa jua kepadaNya. Sama ada cepat atau lambat dikabulkan itu adalah urusan Allah. Tanggungjawab kita berusaha dan berdoa lantas bertawakal kepadaNya dengan sebenar-benarnya.

Indahnya Ya Allah merayu pada Mu..terimalah taubat kami. Jika ada sebarang kesulitan hidup mengadulah pada Allah SWT dengan mengiktiraf segala dosa-dosa kita dan pohonlah hajat in sha Allah Allah akan memberi jalan keluar. Jika dikurniakan kesenangan jangan lupa untuk bersyukur memuji-mujiNya tanpa lelah dan jemu.

Isnin, 3 Mac 2014

Bismillah dan Assalamulaikum

Astaghfirullahal 'Azim
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami.

Cuaca hari ini walaupun masih agak pagi tetapi bahangnya sudah terasa. Suasana nampak kering dan semakin memuncak tahap kepanasan pada jam 2 petang.

Kasihan pada anak- anak murid yang nampak kurang selesa sewaktu pengajaran dan pembelajaran apatah lagi jika bilangan pelajar terlalu ramai dalam satu kelas.

Apa yang Ustazah mampu lakukan sama- samalah kita bersabar menempuh ujian dan mohonlah pada Allah dengan jalan solat. Lakukan solat sunat minta hujan dan berdoa serta merayu pada Allah setiap masa agar diturunkan hujan.

Tidak lupa juga pohonlah keampunan kepada Allah SWT sentiasa. Lafazkanlah " La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzalimin " tanpa jemu. Ustazah dapat merasakan kita banyak buat kesilapan sama ada pada manusia dan Allah SWT, jadi Allah beri peringatan melalaui kepanasan. Kepanasan dunia sahaja kita sudah tidak tahan apatah lagi kepanasan api neraka nanti. Nauzubillah ya Allah.

Jom kita panjatkan doa minta hujan dan yakinkan Allah SWT akan memakbulkan doa yang dipinta. Ya Allah ampunilah kami..


Ahad, 2 Mac 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah malam tadi sempat menghadirkan diri di majlis Malam Santai bersama para murid, guru dan ibu bapa warga Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa.Tahniah Ustazah ucapkan kepada warga guru SKTJ seramai 20 orang yang bertungkus lumus merancang dan berjaya melaksanakan majlis sebegini. Begitu besar pengorbanan mereka untuk mengumpul dana bagi program kecemerlangan murid-murid di SKTJ.

Seawal jam 8.00 tetamu mulai hadir dan memang santai sahaja majlisnya. Datang-datang terus boleh plih menu apa yang kita mahu. Terasa lapang kerana tiada sebarang ucapan rasmi atau acara perasmian. Sekadar ucapan alu-aluan, tayangan video dan beberapa persembahan yang menarik. Acara yang dinanti adalah acara cabutan bertuah. Ustazah tidak ada rezeki pula malam ini.Tidak mengapa rezeki kita berbeza-beza.

Banyak kaunter makanan antaranya kaunter roti canai, keropok lekor, bubur. Mee hoon sup, nasi lemak, air cendol, air kelapa, mee rebus dan lain-lain lagi. Kita makan sahaja kerana kupon telah kita bayar untuk kategori dewasa RM30 dan kanak-kanak RM10.

2 orang anak Ustazah terlibat dengan persembahan.Wah! Memang meriah dan murid-murid sibuk menonton persembahan rakan-rakan mereka. Mereka gigih menjalani latihan beberapa hari sebelum majlis. Dapat Ustazah gambarkan kepenatan guru-guru melatih dan membuat persiapan agar majlis berjalan lancar. Semoga Allah merahmati dan mengganjari usaha guru-guru di SKTJ.

Bila jam sudah menginjak ke pukul 11.00, anak-anak Ustazah pun sudah merengek mahu pulang kerana sudah mengantuk. Alhamdulillah mereka sudah solat isyak di surau sekolah jadi bila balik tinggal tidur sahaja.


Terfikir juga jika sekolah Ustazah buat majlis begini elok juganya..semoga majlis ini menjadi inspirasi kepada sekolah lain untuk mencari dana bagi program kecemerlangan murid-murid.

















Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah telah selesai kenduri di rumah jiran yang baik dan rapat dengan Ustazah. Rumah En. Samudi dan Puan Asmah yang mengadakan sambut menantu pengantin di pihak lelaki pada 23 Feb 2014.

Pelamin dihias indah menanti mempelai
Sungguh ramai tetamu yang hadir bermula daripada petang Jumaat lagi. Ustazah sempatlah juga gejobos daripada petang Sabtu hingga petang Ahad. Sesekali berkumpul, bertemu jiran tetangga memang menyeronokkan. Masing-masing sibuk bertukar-tukar cerita dan bertanyakan khabar.

Kepanasan Pengantin dan Pengiring
Suasana kemeriahan semakin memuncak ketika mempelai diarak, khemah yang disediakan sesak, lauk pun hampir habis, kelam kabut kami para ahli gejobos memasak nasi dan menggoreng ayam lagi. Tahniah pada ahli keluarga terutamanya tuan rumah dan Erni anak menantu yang bertungkus lumus memastikan segala persiapan adik iparnya berjalan lancar. Tentu penatnya tak terkata.

Banyak camera yang snap gambar .
Serius betul pengantin lelaki
Ustazah ucapkan tahniahlah pada mempelai Yazid dan pasangannya Khatijah yang telah selamat diijab kabulkan dan disandingkan dengan begitu meriah. Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fi khair. Semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah bahagia hingga ke syurga. Belajarlah untuk memahami hati budi masing-masing in sha Allah keluarga bahagia dan sentiasalah solat berjemaah.

Alhamdulillah..sama cantik sama padan

Sempatlah juga Ustazah panggangkan sosej dan masakan sup sayur untuk diletakkan dimeja pengantin dan pengiring. Setelah selesai majlis dan siap basuhkan pinggan mangkuk yang digunakan di meja pengantin dan pengiring barulah Ustazah terasa lapar. Jom kita layan gambar sekitar majlis Walimah tersebut.


Sesak








Tunggu giliran untuk makan


Sibuk membungkus berkat untuk ahli gejobos


Meriah kenduri di kampung


Antara yang hebat untuk masak jenis berkawah


Semangat gotong royong
Pada 1 Mac ini pun Ustazah ada gejobos juga..memang kurang rehat bulan Mac ini. In sha Allah akan hadir juga sebagai tanggungjawab seorang jiran.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim