Rabu, 26 Februari 2014

 11:23 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur rezeki semakin bertambah setiap hari, semoga pertambahan ini adalah suatu keberkatan dan akan menjadikan kita orang yang semakin hampir dengan Allah SWT. 

Petuanya bagi Ustazah mudah sahaja iaitu dengan memberi dan berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Matematik Allah amat jelas kita bagi (tolak ) 1  apa yag kita ada, Allah gandakan menjadi 7 serta daripada setiap 7 itu Allah SWT akan gandakan lagi menjadi 100. Cuma modal kita adalah keyakinan atas janji Allah SWT berdasarkan Firman Nya Surah Al-Baqarah ayat 261.

 
Beri dan kongsilah sama ada ilmu, wang, tenaga, idea dan sebagainya mengikut kemampuan kita. Suatu kisah Ustazah semalam dan alhamdulillah duit gaji sudah masuk lantas Ustazah berikan sedikit untuk kedua ibu dan ayah. Ibu dan ayah jenuh menolak kerana khuatir Ustazah akan kekurangan wang utuk keluarga sendiri memandangkan Ustazah seorang diri menyara anak-anak kerana suami telah kembali kerahmatullah pada 2 Februari 2010 ( Al-Fathehah ).

Lantas Ustazah menyatakan rezeki kita semua dijamin dengan Allah SWT dan pasti berkat pemberian ini serta melalui janji Allah in sha Allah rezeki Ustazah akan bertambah.

Alhamdulillah, rezeki hari ini  Ustazah telah menerima tempahan kek sebanyak 7 biji .. Maka benarlah janji Allah itu pasti dengan memberi ,rezeki akan bertambah..

Jadi apa lagi yang kita tunggu..berkongsilah apa yang kita ada semata-mata kerana Allah. In sha Allah kita akan merasai nikmatnya kebahagiaan, ketenangan dan rasa bertuah sebagai umat Nabi Muhammad yang punyai panduan Al-Quran dan Al-Hadith..

Baiklah, Ustazah mahu operasikan sebiji nangka yang besar dan esok bolehlah di bawa ke sekolah untuk dinikmati bersama rakan sejawat. Anak-anak Ustazah cuma makan sedikit sahaja.


2 ulasan:

  1. Betul tu Ustazah..
    InsyaAllah dengan cara kita memberi akan membolehkan kita menerima rezeki dan ada ketikanya dari sumber yang kita tak sangka kan.. :)

    BalasPadam
  2. Betul..Setuju sgt2..Cuma perlukan keyakinan saja kerana Janji Allah itu pasti.. Pasti tertunai.. Bila? Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui..^_^ Salam perkenalan ustazah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim