Selasa, 25 Februari 2014

 5:39 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad .. Apabila menghadapi kes kehilangan wang di sekolah hati sayu mengenangkan di manakah ketakutan mereka yang suka makan benda yang datang dari hasil yang haram.

Ingatlah wahai diri dan anak- anak bahawa makanan yang haram akan memberi kesan kepada kita secara holistik antaranya :

1. HATI

- Hati akan menjadi kotor dan gelap.
- Terhalang daripada mendapat hidayah Allah.
- Hilang kekhusuka beribadah.
- Sukar memahami ilmu.
- Mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.
- Bersarang penyakit hati seperti takbur, riyak dan ujub.

2. PERCAKAPAN

- Mudah berkata- kata yang kesat dan kasar lantunan dari hai yang kotor, jauh dari hidayah Allah dan terpedaya dengan hasutan syaitan.

3. PERBUATAN

- Ibadah tidak diterima dan doa tidak dimakbulkan.
- Malas beribadah.
- Cenderung melakukan maksiat.
- Ibadah gagal mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Muhasabah untuk diri sentiasa beringat bahawa setiap butir nasi yang masuk ke mulut dan setiap air yang ditegur perlu bebas kepunyaan orang lain. Bukan hasil curian atau riba. Tidak juga hasil penipuan dan rasuah.

Ayuh jangan kita mengundang murka Allah SWT .

2 ulasan:

  1. peringatan yang baik
    ni kak ain, moga rezeki kita sentiasa diberkati Allah

    BalasPadam
  2. Ameen..itulah memang kena berhati-hati

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim