Khamis, 27 Februari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah, anak saudara Ustazah baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan pada hari Selasa 25 Feb 2014 sekitar jam 6.30 petang.

Sebagai tanda syukur Ustazah ucapkan tahniah dan menyisipkan doa untuk cucu Ustazah ini agar dilindungi Allah sentiasa.

Berikut adalah doanya dan bolehlah kita hafaz. Jadi apabila kita mendapat khabar tentang sesuatu kelahiran bolehlah kita doakan bayi tersebut.



Rabu, 26 Februari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur rezeki semakin bertambah setiap hari, semoga pertambahan ini adalah suatu keberkatan dan akan menjadikan kita orang yang semakin hampir dengan Allah SWT. 

Petuanya bagi Ustazah mudah sahaja iaitu dengan memberi dan berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Matematik Allah amat jelas kita bagi (tolak ) 1  apa yag kita ada, Allah gandakan menjadi 7 serta daripada setiap 7 itu Allah SWT akan gandakan lagi menjadi 100. Cuma modal kita adalah keyakinan atas janji Allah SWT berdasarkan Firman Nya Surah Al-Baqarah ayat 261.

 
Beri dan kongsilah sama ada ilmu, wang, tenaga, idea dan sebagainya mengikut kemampuan kita. Suatu kisah Ustazah semalam dan alhamdulillah duit gaji sudah masuk lantas Ustazah berikan sedikit untuk kedua ibu dan ayah. Ibu dan ayah jenuh menolak kerana khuatir Ustazah akan kekurangan wang utuk keluarga sendiri memandangkan Ustazah seorang diri menyara anak-anak kerana suami telah kembali kerahmatullah pada 2 Februari 2010 ( Al-Fathehah ).

Lantas Ustazah menyatakan rezeki kita semua dijamin dengan Allah SWT dan pasti berkat pemberian ini serta melalui janji Allah in sha Allah rezeki Ustazah akan bertambah.

Alhamdulillah, rezeki hari ini  Ustazah telah menerima tempahan kek sebanyak 7 biji .. Maka benarlah janji Allah itu pasti dengan memberi ,rezeki akan bertambah..

Jadi apa lagi yang kita tunggu..berkongsilah apa yang kita ada semata-mata kerana Allah. In sha Allah kita akan merasai nikmatnya kebahagiaan, ketenangan dan rasa bertuah sebagai umat Nabi Muhammad yang punyai panduan Al-Quran dan Al-Hadith..

Baiklah, Ustazah mahu operasikan sebiji nangka yang besar dan esok bolehlah di bawa ke sekolah untuk dinikmati bersama rakan sejawat. Anak-anak Ustazah cuma makan sedikit sahaja.


Selasa, 25 Februari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad .. Apabila menghadapi kes kehilangan wang di sekolah hati sayu mengenangkan di manakah ketakutan mereka yang suka makan benda yang datang dari hasil yang haram.

Ingatlah wahai diri dan anak- anak bahawa makanan yang haram akan memberi kesan kepada kita secara holistik antaranya :

1. HATI

- Hati akan menjadi kotor dan gelap.
- Terhalang daripada mendapat hidayah Allah.
- Hilang kekhusuka beribadah.
- Sukar memahami ilmu.
- Mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.
- Bersarang penyakit hati seperti takbur, riyak dan ujub.

2. PERCAKAPAN

- Mudah berkata- kata yang kesat dan kasar lantunan dari hai yang kotor, jauh dari hidayah Allah dan terpedaya dengan hasutan syaitan.

3. PERBUATAN

- Ibadah tidak diterima dan doa tidak dimakbulkan.
- Malas beribadah.
- Cenderung melakukan maksiat.
- Ibadah gagal mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

Muhasabah untuk diri sentiasa beringat bahawa setiap butir nasi yang masuk ke mulut dan setiap air yang ditegur perlu bebas kepunyaan orang lain. Bukan hasil curian atau riba. Tidak juga hasil penipuan dan rasuah.

Ayuh jangan kita mengundang murka Allah SWT .

Isnin, 24 Februari 2014


Bismillah dan Assalamulaikum.

Alhamdulillah, nampaknya pertukaran jadual yang baharu Ustazah tetap dipertanggugjawabkan juga untuk mengajar PJPK. Walau pun agak keberatan memandangkan tahun lepas bukanlah Ustazah yag menghadiri kursus penataran subjek ini. Sebagai langkah awal Ustazah perlu semak DSP PJPK dan siapka borang semakan individu. Soalan PBSnya pula kena fikir bagaimana mahu dapatkan. Bolehlah sesiapa yang ada soalan kita kongsi bersama. Bagi yang mahu copy borang di bawah silakan. Semoga ada manfaatnya.
____________________________________________________________________


Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah
45300 Sungai Besar Selangor
Senarai Semak Individu PBS  Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Ting 3 2014
Nama : __________________________                                                               Tingkatan : ________ 



Bil


Band


Deskriptor
Bentuk Evidens

Tarikh Pelaksanaan
Buku Latihan
Lembaran Kerja
Aktiviti
Pemerhatian
1














1
B1DJ1E1
Menyatakan maksud prinsip kebolehbalikan dan prinsip perbezaan individu.





2
B1DJ2E1
Menyatakan formasi pergerakan dalam aktiviti menjejak.





3
B1DJ3E1
Menyenaraikan persatuan sukan kebangsaan yang terdapat di Malaysia. (sekurang-kurangnya lima persatuan sukan)





4
B1DJ4E1
Menyatakan maksud keagresifan dalam sukan.





5
B1DJ4E2
Menyatakan maksud semangat kesukanan.






6
B1DK1E1
Menyatakan akta yang digubal oleh kerajaan bagi menangani masalah jangkitan penyakit.





7



2
B2DJ1E1
Menjelaskan faedah latihan meningkatkan komponen kecergasan kuasa dan kelajuan.





8
B2DJ2E1
Mengenalpasti undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar dan permainan sofbol.





9
B2DJ3E1
 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan dalam acara lumba jalan kaki dan acara lempar cakera.





10
B2DJ4E1
Menjelaskan aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti menjejak.





11
B2DJ5E1
Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukanan penonton.





12
B2DK1E1
Menyatakan faktor amalan pengambilan makanan yang berlebihan.





13
B2DK2E1
Menyatakan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).





14
B2DK3E1
 Menyenaraikan petanda dan keadaan yang
memerlukan ECC dan CPR.





15










3
B3DJ1E1
Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti bagi setiap komponen daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa dengan betul.





16
B3DJ2E1
Melakukan sekurang-kurangnya dua kemahiran asas bola tampar atau dua kemahiran asas sofbol.





17
  B3DJ3E1
Melakukan fasa-fasa kemahiran
lempar cakera





18
B3DJ4E1
Menjelaskan peranan jawatankuasa induk dalam persatuan sukan dan permainan.





19
B3DK1E1
Menyenaraikan jumlah kandungan kalori dalam tiga jenis makanan yang berbeza.





20
B3DK2E1
Menjelaskan implikasi pengambilan dadah terhadap ekonomi dan politik.
















21








4
B4DJ1E1
Melakukan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular dan menjelaskan perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan latihan. (paarlauf / lompat tali / latihan piramid).





22
B4DJ1E2
 Membezakan pembolehubah prinsip kekhususan dalam latihan daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa berdasarkan ulangan, intensiti dan kadar pergerakan.





23
B4DJ1E3
Mengaplikasikan kelajuan dalam permainan sofbol atau acara lumba jalan kaki.





24
B4DJ2E1
Melakukan kemahiran gimnastik artistik / gimnastik irama / gimnastik pendidikan / pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat. (sekurang-kurangnya dua kemahiran)





25
B4DJ3E1
Mengulas isu-isu keagresifan daripada media





26
B4DJ3E2
 Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga kebaikan dan tiga keburukan komersialisme dalam sukan.





27
B4DK1E1
Menunjuk cara pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur ECC atau CPR.






28








5
B5DJ1E1
Melengkapkan jadual program kecergasan diri dalam tempoh dua minggu berasaskan prinsip kebolehbalikan/perbezaan individu. (jadual program disediakan oleh guru, pelajar hanya memilih aktiviti, intensiti dan kekerapan dalam latihan)





29
B5DJ2E1
Merancang dan melaksanakan variasi pergerakan mengikut tema. (penglibatan dalam persembahan)





30
B5DJ3E1
Membincangkan kerjaya yang berkaitan dengan sukan dan permainan. (hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan)





31
B5DK1E1
 Membincangkan isu-isu semasa kekeluargaan. (hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan) (sumber: media cetak atau media elektronik





32
B5DK2E1
Membandingkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian pelajar aktif dengan pelajar sedantari (tidak aktif). (hasil tugasan dilaporkan secara bertulis. Contohnya: folio, buku skrap, persembahan power point dan lain-lain mengikut kreativiti pelajar)







33








6
B6DJ1E1
Merancang dan mengelolakan aktiviti rekreasi atau pertandingan sukan atau permainan. Pertandingan Sukan / Permainan: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, jadual pertandingan, pelaksanaan Aktiviti rekreasi: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, tentatif program, pelaksanaan

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim