Rabu, 8 Januari 2014

 6:58 PTG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini PdP berjalan dengan baik, ustazah agak lewat setengah jam kerana urusan koperasi dan memanglah begitu jika selepas waktu rehat ada kelas.Duit koperasi pun tidak sempat untuk dikira mengenangkan ada kelas yang perlu ustazah ajar.

Tajuk yang telah diberitahu kepada pelajar dan ustazah telah memberikan kata kunci berdasarkan ayat kefahaman surah Al - Baqarah 1-5. Alhamadulillah kelihatan murid telah bersedia dengan kertas mahjong dan beberapa kertas manila yang tercatat nota dan sebahagiannya terdapat di antara 8 peta pemikiran di dalam i-Think.

Ustazah amat bersyukur dan berbangga dengan murid tingkatan 1 ini kerana mereka berjaya menyelesaikan dan menyampaikan dalam bentuk pembentangan dihadapan menggunakan 8 peta pemikiran. Apa tidaknya, sebenarnya mereka ini belum pun menghadiri taklimat i-Think oleh JU sekolah Ustazah. Giliran mereka adalah pada 13.1.2014 nanti. Mereka berani dan bijak menggunakan ayat untuk pembentangan.

Terasa hilang penat menguruskan hal persekolahan apabila melihat kejayaan anak murid.Bagi Ustazah, untuk menjayakan PdP berasaskan i-Think ini guru perlu memberi tahu lebih awal tajuk PdP yang akan diajar terlebih dahulu agar mereka bersedia dengan bahan dan bijak menerangkan bersama kumpulan mereka. Memang mereka tidak mengantuk di kelas kerana masing-masing berperanan untuk menjayakan pembentangan dan melihat keletah rakan mereka dihadapan. Ada yang lancar, bersuara lantang selain ada juga yang bersuara perlahan dan tertipu-sipu malu.

Baiklah, semoga kita semua semakin seronok dan bahagia belajar lantas bermanfaat untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim