Khamis, 30 Januari 2014

Bismillah dan Assalamulaikum

Alhamdulillah keputusan Ujian Kompetnsi ICT KPM BPG sudah boleh diketahui. Oh! Berdebar juga masa Ustazah mahu semak keputusan. Maklumlah sudah lama tidak menjalani sebarang ujian.

Alhamdulillah dengan lafaz Bismillah taipkan nombor kad pengenalan dan keluarlah keputusan Ustazah seperti yang terpapar di bawah.

Jom cikgu-cikgu semak keputusan masing- masing di link



Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga Allah SWT memberi ganjaran atas musibah dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Itu adalah doa jika kita diuji dengan sesuatu musibah.

Ustazah sedih kerana baru- baru ini seorang sahabat Ustazah telah kehilangan kereta di rumahnya pada jam 2.30 pagi. Tidak dapat Ustazah membayangkan bagaimanakah perasaannya ketika membuka pintu untuk ke sekolah, kereta yang baru dibeli sudah tiada walau di parking di hadapan pintu dan di kawasan berpagar.

Selain itu, seorang rakan Ustazah yang tertinggal dompet di tandas sekolah juga telah hilang wangnya dan digantikan dengan dompet yang lain beserta semua kad yang ada.

Paling menyedihkan, anak murid juga kehilangan sejumlah wang dan ibu bapanya telah menghubungi pihak sekolah dengan memarahi guru atas kehilangan wang anaknya. Walhal Ustazah ingat lagi, sejurus selepas penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan pelajar telah dinasihatkan agar menyimpan duit dengan baik. Sekiranya mereka kurang yakin tentang keselamatan wang tersebut, boleh meminta bantuan guru untuk menyimpankan duit tersebut hai yang tinggal di asrama.

Oleh yang demikian, di perhimpunan pelajar Ustazah telah memberikan doa untuk mengelakkan kecurian harta atau wang supaya pelajar-pelajar dapat mengamalkannya. Sama-sama kita amalkan doa ini ketika kita ingin meninggalkan rumah atau menyimpan wang di sesuatu tempat.

Doa ini Ustazah ambil melalui kuliah tazkirah yang di sampaikan oleh Dr. Harun Din dan rujukan di buku Doa Amalan Harian.

Selasa, 21 Januari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum
 
Alhamdulillah mulai 20 JANUARI 2014 HINGGA 7 APRIL 2014 permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2014/2015  telah dibuka. Setiap pemohon diberi peluang kemaskini permohonan sebanyak 3 KALI SAHAJA, sila isi permohonan dengan cermat. Bagi calon lepasan SPM, STPM & STAM 2013 anda digalakkan melengkapkan permohonan dahulu dan mengemaskini semula permohonan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Di bawah diberikan sedikit maklumat yang sering ditanya oleh pemohon :


Pembeliaan no. unik ID di BSN :
7 JANUARI 2014 HINGGA 20 APRIL 2014 (Jika calon telah membeli no.unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula di kaunter BSN)
Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60
Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60

Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2014
lepasan STPM/Setaraf - September 2014

Permohohan melalui :
https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/

Kategori Permohonan :

LEPASAN STPM/SETARAF
-----------------------------------
Kategori A – STPM 2013 aliran Sastera
Kategori S – STPM 2013 aliran Sains
Kategori P,N,U,L,K,J - Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014

Kategori T - STAM tahun 2013 atau 2012 sahaja

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)
---------------------------------------------------
Kategori E - Aliran Sastera
Kategori F - Aliran Sains
• Lulusan STP/HSC/STPM tahun 2012 atau sebelumnya; atau
• Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2012 atau sebelumnya; atau
• Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya;
• Lulusan Diploma dari IPTA/ Politeknik/ DKM/ IPTS;
• Lulusan Sekolah Sukan Malaysia;
• Kelayakan A-Level, IBD, AUSMAT, UEC dan sebagainya.
• Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA


LEPASAN SPM/Setaraf
-------------------------------
Kategori A - Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.
Kategori B - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.
Kategori C - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D - Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.

*Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
*Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA.

**Untuk bantuan lanjut mengenai borang permohonan boleh rujuk Manual Pengguna di       bawah  Lepasan SPM/Setaraf :
https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/panduan/Manual_Sistem_IPTA_SPM.pdf

Lepasan STPM/Setaraf :https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/panduan/Manual_Sistem_IPTA_STPM.pdf
 
 
Ustazah doakan semoga permohonan anda berjaya.
 
Kredit :BPKP.JPT
 
 
Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga yang membaca catatan ini sentiasa dalam ketenangan dan rahmat Allah SWT. Berkaitan tajuk entri kali ini, Ustazah mengajak diri dan pembaca untuk bermuhasabah sebelum tidur. Apabila melihat ni'mah yang Allah berikan pada kita sama ada punyai pekerjaan yang baik, sahabat, sedikit harta benda, suami isteri, keluarga yang bahagia malah juga kesusahan, karenah jiran atau jemaah masyarakat dan pelbagai lagi.

Apa yang perlu kita rasai?

Biarlah apa pun yang hadir dalam hidup kita dan sentiasa berlegar dari segenap sisi kehidupan membuatkan diri semakin dekat pada Allah SWT.

Andai kita punyai wang ketika ini gunakanlah ia untuk kita semakin dekat dengan Allah SWT .

Andai kita punyai suami dan isteri jadikan hubungan itu agar kita juga semakin dekat dengan Allah SWT.

Andai kita juga diuji dengan kesulitan hidup jadikan ia juga sebagai asbab untuk kita semakin dekat dengan Allah SWT.

Andai hari ini kita diberi rasa resah gelisah, kecewa dan murung jadikan ia juga sebagai penghubung agar diri semakin dengan Allah SWT.

Ya Allah ...

Ampunilah dosa- dosa kami..

Pilihlah kami di antara hamba Mu yang sentiasa merasai dekat dengan Mu, yang menghasilkan rasa sukar untuk diungkapkan betapa bersyukurnya kami mempunyai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang ..

Sabtu, 18 Januari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah pihak MARA sekali lagi memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar secara terbuka ke Kolej Kemahiran Tinggi Malaysia (KKTM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Sesi Januari 2014.

Yuran pengajian adalah percuma dan elaun bulanan pun akan diberikan sekitar RM250-RM300. Manakala asrama adalah disediakan. Untung bukan?

Jangan lupa bawa bersama salinan yang disahkan pada hari pendaftaran :
1. Sijil SPM
2. Surat Beranak Pelajar dan Ibu Bapa
2. Kad Pengenalan Pelajar dan Ibu Bapa

Untuk mengetahui tarikh pendaftaran mengikut lokasi sila klik di sini atau lihat gambar di bawah .


Rabu, 15 Januari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah keputusan untuk semakan berjaya ke asrama penuh bagi pelajar tingkatan 4 2014 sudah boleh mula diketahui dengan melayari laman sesawang berikut :


Tahniah daripada Ustazah bagi yang berjaya.



Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah bakal guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bil 2/2014 ( DPLI- GSTT Ambilan Khas )yang menanti keputusan untuk di posting sudah boleh mengetahui status penempatan mereka. Ustazah teringat anak saudara yang sudah menjalani temuduga pada November 2013 di SPP.

Baiklah sila layari laman sesawang 


Untuk semakan penempatan.

Selamat bertugas dan menjalankan amanah mendidik anak bangsa


Ahad, 12 Januari 2014

 
Bismillah dan Assalamualaikum
 
Alhamdulillah keputusan permohonon untuk pelajar tingkatan 1 ke Maktab Rendah Sains Mara MRSM akan mula diketahui mulai 14 Januari 2014 pada hari Selasa.
 
Bagi yang ingin mengetahui dan membuat status semakan sila layari
 
 
 
Pendaftaran masuk adalah pada 3 Februari 2014
 
Ustazah ucapkan tahniah bagi yang berjaya.


Khamis, 9 Januari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah pasti ramai yang berperasaan seperti Ustazah, suka sangat melihat awan sama ada ketika memandu, berehat dianjung rumah, ketika di waktu pagi, sewaktu bersantai di tepi laut atau tidak kira di mana kita berada.

Indah, tenang dan menakjubkan lakaran serta lukisan awan ciptaan Allah SWT .. Hati terus menerus memuji kehebatan Allah SWT.Jika bersama ahli keluarga peringatkan mereka akan kebijaksanaan Allah dalam setiap penciptaan-Nya.Antaranya kita boleh bertanya pada anak-anak tentang bentuk tompokan awan adakah bentuknya pernah sama setiap hari. Pasti berbeza setiap masa dan ketika. Secara tidak langsung didikan tauhid dapat kita semaikan pada diri anak-anak.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar











Rabu, 8 Januari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum

Astaghfirullahalazim..pada tahun ini Ustazah kena mengajar PJPK Tingkatan 3. Banyak yang bermain difikiran, mampukah diri ini? Kursus penataran PBS pada akhir tahun lepas guru lain yang kursus. Seumpama zero mahu mengajar subjek ini, semoga ada perubahan jadual.

Apapun gagahkan diri menyemak DSP dan RPT serta buku teks dan hari ini berjaya mengajar murid menggunakan sedikit praktikal i-Think. Bahan eviden PBS pun perlu disediakan supaya murid dapat melaksanakan seperti mana yang dikehendaki dalam DSP.

Jom kita rujuk DSP PJPK perlahan-lahan..Ya Allah terasa berat juga bila diamanahkan dengan sesuatu diluar bidang kita..teringat ayat Al-Quran " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memberati hambaNya dengan sesuatu diluar kemampuannya".. Yes! Tandanya ustazah mampu la ni..

Download di DSP PJPK TING 3 sebagai rujukan utama.


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini PdP berjalan dengan baik, ustazah agak lewat setengah jam kerana urusan koperasi dan memanglah begitu jika selepas waktu rehat ada kelas.Duit koperasi pun tidak sempat untuk dikira mengenangkan ada kelas yang perlu ustazah ajar.

Tajuk yang telah diberitahu kepada pelajar dan ustazah telah memberikan kata kunci berdasarkan ayat kefahaman surah Al - Baqarah 1-5. Alhamadulillah kelihatan murid telah bersedia dengan kertas mahjong dan beberapa kertas manila yang tercatat nota dan sebahagiannya terdapat di antara 8 peta pemikiran di dalam i-Think.

Ustazah amat bersyukur dan berbangga dengan murid tingkatan 1 ini kerana mereka berjaya menyelesaikan dan menyampaikan dalam bentuk pembentangan dihadapan menggunakan 8 peta pemikiran. Apa tidaknya, sebenarnya mereka ini belum pun menghadiri taklimat i-Think oleh JU sekolah Ustazah. Giliran mereka adalah pada 13.1.2014 nanti. Mereka berani dan bijak menggunakan ayat untuk pembentangan.

Terasa hilang penat menguruskan hal persekolahan apabila melihat kejayaan anak murid.Bagi Ustazah, untuk menjayakan PdP berasaskan i-Think ini guru perlu memberi tahu lebih awal tajuk PdP yang akan diajar terlebih dahulu agar mereka bersedia dengan bahan dan bijak menerangkan bersama kumpulan mereka. Memang mereka tidak mengantuk di kelas kerana masing-masing berperanan untuk menjayakan pembentangan dan melihat keletah rakan mereka dihadapan. Ada yang lancar, bersuara lantang selain ada juga yang bersuara perlahan dan tertipu-sipu malu.

Baiklah, semoga kita semua semakin seronok dan bahagia belajar lantas bermanfaat untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat.



Selasa, 7 Januari 2014

Bismillah dan Assalamulaikum

Subhanallah dan Alhamdulillah, pada tahun ini masih lagi diberi amanah untuk mengajar subjek Sejarah tingkatan 2 walaupun bukan opsyen Ustazah. Ustazah mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Yati yang telah menyediakan RPT Sejarah tingkatan 2 lengkap dengan PBS, i-Think dan Kbat. Semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik dan kebaikan yang banyak atas jasa baiknya sudi berkongsi RPT Sejarah bagi semua tingkatan.

Baiklah sesiapa yang ingin merujuk RPT Sejarah Tingkatan 2 sila klik link berikut:


Isnin, 6 Januari 2014

Bismillah dan Assalamualaikum
Alhamdulillah semoga selawat ke atas Nabi adalah sebutan yang sentiasa menjadi sebutan dibibir kita setiap hari. Setelah diri berjaya dilatih ,ajarkanlah anak dan orang yang hampir dengan kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Apatah lagi sekarang ini kita berada di bulan kelahirannya. Sama-sama berharap dan mengamalkannya setiap hari serta melebihkan selawat terutama di hari Jumaat.
Berikut info berkaitan SELAWAT :
Perbanyakkan SELAWAT di hari JUMAAT

Surah Al-Ahzab, ayat 56:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
 berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormat.

عن أوس بن أوس رضي ٱلله عنه قال؛ قال رسول ٱلله صلى ٱلله عليه وسلم؛ إن من أفضل أيامكم يوم ٱلجمعة، فأكثروا علي من ٱلصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي. فقالوا يا رسول ٱلله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت؟ قال: يقول: بليت، 

قال: إن ٱلله حرم على ٱلأرض أجساد ٱلأنبياء
رواه أبو داود وٱلنسائي ؤٱبن ماجه


SesungguhNya hari tebaik kamu adalah hari jumaat. Maka pdaNya perBANYAKkan SELAWAT ke atas Ku, krna selawatMu diPERLIHATkan kpd Ku.
Mrka bertanya: wahai Rasulallah, bagaiMana boleh selawat kami diperlihatkan kpdMu sdangkan Tuan tlah menjadi TANAH? Baginda menjawab: sesungguhNya Allah haramKan tanah utk memakan jasad para Nabi.

Wahai Kekasih Nabi, mari berSELAWAT ke atas Baginda s.a.w.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا

 إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آل سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيدٌ.

-------------------------------
يا ربي بالمصطفى، بلغ مقاصدنا
واغفرلنا ما مضى، يا واسع الكرمِ
Wahai Tuhanku demi kedudukan al-Mustafa (NabiSAW) di sisi Mu, sampaikanlan hasratHasrat hati kami.
Ampunilah apa yg telah lalu, wahai Tuhan yg maha luas kurniaNya


Zikir Setelah Solat Sunat Sebelum Fardhu Subuh pada Hari JUMAAT Kami meriwayatkan di dalam kitab Ibni Sunni dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w Baginda bersabda:

مَنْ قَالَ صَبِيحَةَ يَوْمِ الْجُمُعَةِ قَبْلَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّمُ وَأتُوبُ إلَيْهِ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللهُ تَعَالَى ذُنُوبَهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرَ
Sesiapa yg di pagi hari Jumaat, sebelum solat Fardhu Subuh mengucapkan:

أسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّمُ وَأتُوبُ إلَيْهِ - تيگ كالي

yang bermaksud: aku mohon ampun kepada Allah yg tiada tuhan yg patut disembah selain Dia yg maha hidup dan menghidupkan serta aku bertaubat kepadanya - 3X - maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa dosanya walau sebanyak buih di lautan.

Catatan:
Setelah membaca bacaan di atas, maka bacalah bacaan atau zikir selepas solat sunat sebelum Fardhu Subuh yg dibaca setiap hari, iaitu:

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَإسْرَافِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَمُحَمَّدٍ صلى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ، أعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ - تيگ كالي

Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad s.a.w, aku berlindung kepadamu daripada neraka (3X)

Dari Al-Azkar oleh AnNawawi

Ahad, 5 Januari 2014

 
Bismillah dan Assalamualaikum
 
Alhamdulillah RPT Pendidikan Islam PBS Tingkatan 1 2014 dapat diselesaikan merujuk kepada RPT PAI PBS Tingkatan 1 yang disediakan oleh Ustazah Maryati Amin pada tahun 2013. Ustazah sudah edit tarikh mengikut tahun 2014. Semoga perkongsian ini akan memberikan kemudahan pada guru Pendidikan Islam PBS tingkatan 1 2014.
 
 


                                                       Rpt pai t1 2014 from ustazahain

Kredit : http://maryatiamin.blogspot.com/

Sabtu, 4 Januari 2014

 
Bismillah dan Assalamualaikum
 
 
Subhanallah Alhamdulillah sesi awal persekolahan pasti guru-guru sibuk menyiapkan rancangan tahunan bagi mata pelajaran yang kita ajar.
 
Sebagai satu perkongsian berkaitan RPT Bahasa Arab KSSR & KBSR Tahun 1-6 Kegunaan 2014  yang ustazah perolehi daripada https://www.facebook.com/bbmbahasaarab. Likelah page tersebut dan kita akan memperolehi perkongsian BBM Bahasa Arab dan latihan berkaitan.
Kredit : bbmbahasaarab
 
Baiklah bagi yang ingin mendownload RPT Bahasa Arab KSSR dan KBSR Tahun 1-6 tersebut sila klik link di bawah ;
 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim