Selasa, 24 Disember 2013

 12:04 PG         1 comment
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti persekolahan kali ini Ustazah bersama anak-anak diberi rezeki seperti tahun lepas untuk bercuti yang disponser oleh keluarga Kakak dan Abang ipar serta anak-anaknya. Hanya titipan doa sebagai membalas jasa baik kalian sekeluarga, Ya Allah terpancar wajah girang anak-anak Ustazah menaiki feri dan bot. Benar hati tersentuh dan lantas memohon kepada Allah swt agar melipat kali gandakan kebahagiaan pada mereka yang menggembirakan anak yatim ini.

Kami bertolak pada Jumaat pagi dan sampai di Jeti Lumut waktu solat Jumaat anak saudara Aizat dan Abang ipar bergegas menuju ke masjid dan kami bersolat di surau jeti. Sesak dan sempit surau di situ, terpaksa bergilir dan bersabar.

Tiket atau tambang feri bagi dewasa adalah RM10 dan untuk kanak-kanak RM5 sahaja. Tiket ini adalah untuk pergi dan balik.

 
Sementara menunggu Feri

Indahnya ciptaan Allah..Subhanallah

Allahu Akbar




Wajah penuh kesyukuran
 


Hamkalah yang paling happy
 
Sepanjang perjalanan kami amat bersyukur dan gembira melihat panorama alam berkonsepkan laut dan pulau-pulau kecil. Apatah lagi ketika menaiki feri kami memilih untuk berdiri di kawasan atas feri. Rugi rasanya jika kita duduk di dalam feri. Sesekali terkena percikan air laut..hati tidak putus-putus memuji kebesaran Allah SWT..
 


Terima Kasih Allah..Yea! seronoknya
 

Mengantuk je bakal pengantin ni..

Ketika perjalanan pulang

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim