Jumaat, 27 Disember 2013

 6:26 PTG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dan selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda. Apabila berpeluang untuk sekian kalinya menikmati pemandangan laut, pulau dan alam, pasti hati kita terasa bahagia dan bersyukur pada Allah SWT. Melihat keindahan alam kita terpanar dan terfikir betapa indahnya nanti syurga yang Allah sediakan untuk orang yang beriman.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar..

Pada hari kedua di Pulau Pangkor, keluarga kami merancang untuk menyewa bot di Teluk Nipah untuk mengelilingi pulau- pulau kecil yang terdapat di sekitar Pulau Pangkor. Setiap seorang akan dikenakan bayaran RM10 bagi dewasa dan kanak-kanak tiada sebarang bayaran.

Penuh kami sekeluarga menaiki bot yang di sewa, kami di hantar ke sebuah pulau ( lupa namanya ) untuk aktiviti menyelam dan berenang. Wah! Memang seronok menaiki bot dan bermandi- manda di sana. Anak- anaklah yang paling gembira. Sempat juga ustazah mengajar anak untuk aktiviti yakin diri terapung di atas air dan berenang. Lama- kelamaan semakin ramai pula pengunjung yang datang ke pulau itu. Sedikit sebanyak mengganggu kami dan pelancong yang sedang beraktiviti. Ini kerana kawasan tersebut kecil dan terpaksa ketepikan untuk memberi laluan bot. Setelah sejam, kami menelefon semula bot untuk mengelilingi pulau yang lain.

Pulau-pulau yang kami lalui adalah Pulau Penyu, Pulau yang berbentuk ikan Yu dan Teluk Monyet. Bagi sesiapa yang ingin ke Teluk Monye perlu menaiki bot juga dan kawasan tersebut begitu tenang dan kurang pengunjung.

Sebenarnya seperti tidak puas menaiki bot dan kami telah kembali semula ke Teluk Nipah. Mumtaz dan Hamka masih teringin lagi turun ke laut dan Ustazah pun beri peluang lagi. Bagi anak- anak remaja mereka teringin menaiki Banana Bot..in sha Allah Ustazah akan catatkan pengalaman tersebut di entri akan datang.

Tidak sabar untuk turun ke laut

Bestnya ketika ini..alhamdulillah

Setelah sampai dan mula berenang itik

Wajah tak puas mandi

Keluarga Bahagia
Pulau Penyu

Allahu Akbar indahnya ciptaan Mu

Tenang..


Mendamaikan
Pasti tidak sia-sia Allah menjadikannya

Tak Mahu Naik Darat

cantiknya awan!

Oh! anak-anakku sayang!
 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim