Sabtu, 28 Disember 2013

 3:39 PTG         No comments

 
Bismillah dan Assalamualaikum
 
Alhamdulillah zaman ini untuk mendapatkan ilmu sungguh mudah. Mengenangkan kita adalah pencinta ilmu ditambah persekolahan sesi 2014 akan bermula beberapa hari lagi, Ustazah ambil kesempatan sambil menyiapkan tempahan kuih talam berlauk mendengar rakaman you tube daripada Dr.Abu Anas Madani ( Dr.Abdul Basit ).
 
Penting tazkirah ini untuk diri dan anak-anak serta anak murid supaya ilmu yang kita perolehi itu bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Mendapat ilmu lantas dapat diamalkan dan membuahkan akhlak yang murni.
 
Antara Panduan Mendapat Ilmu Yang Bermanfaat :
 
1. Rajinkan berdoa
 
2. Ikhlas
 
3. Jauhkan diri daripada maksiat
 
4. Baca buku-buku sejarah ulama`-ulama` besar cara mereka menuntut ilmu
 
5. Baca kitab adab-adab menuntut ilmu
 
6. Duduk bersama dengan pelajar yang ada keistimewaan
 
7. Lihat pada sahabat sekeliling yang boleh membantu untuk bersemangat belajar.
 
8. Susun jadual kehidupan

9. Ulang pembacaan selalu

10. Cuba pula sampaikan pada orang lain
 
11. Banyakkan syukur kepada Allah swt
 
12.Hati-hati daripada mahu cepat masyhur atau mahu dikenali
 
13. Sandarkan ilmu pada ahlinya bermaksudnya berikan kredit daripada mana kita mendapat sumber ilmu tersebut.
 
14. Ambil faedah daripada ilmu yang dipelajari (amalkan)
 
15. Banyakkan baca al-quran

16. Ulang pembacaan dan cuba pula sampaikan pada orang lain
 
Dengarkan rakaman di atas untuk mengetahui syarahannya dengan lebih lanjut.
 
Semoga bermanfaat dan mampu menjadi bekalan di kampung akhirat..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim