Jumaat, 27 Disember 2013

 7:30 PTG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulilah dan selawat buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW. Percutian kami ke Pulau Pangkor di teruskan dengan membuat lawatan ke Kota Belanda. Setelah kami makan di Resort Pangkor Puteri, teksi yang kami sewa sedia membawa untuk mengelilingi sekitar Pulau Pangkor dengan bayaran langsam RM80.
Menghadap arah laut
Destinasi pertama singgah di Kota Belanda. Apabila melawat Kota Belanda ini, teringat akan perjuangan rakyat tempatan mempertahan Pulau ini daripada jajahan kuasa asing. Kota ini di bina sebagai kubu pertahanan daripada serangan kuasa asing.

Sejarah kedatangan Belanda ke Perak
 

Bangunannya unik dan terdapat sedikit padang yang mempunyai corak yang bersimen. Terdapat juga kedai cenderamata yang menjual barang untuk dijadikan ole-ole apabila pulang nanti.
Selain itu, maklumat berkaitan sejarah Kota Belanda ada dicatat dan dipasang untuk pengetahuan pengunjung .

Melihat suasana sekeliling memang mendamaikan. Kedudukan rumah di sini amat rapat antara satu sama lain. Bentuk rumah mereka juga amat comel tetapi tidak pula ustazah mememorikan foto untuk kenang-kenangan.

Jom layan gambar-gambar ustazah di sana.

Inilah Kota Belanda

Sudah sama tinggi anak dara ni

Wah! bestnya cuti-cuti begini

Si Mumtaz dan Ijah yang montel
 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim