Rabu, 25 Disember 2013

 12:23 PG         1 comment
Bismillah dan Assalamualaikum
 
 
Masya Allah dan Astaghfirullah, apabila membuka laman sosial  vyrec agak terkejut dengan  "Fenomena Ikan Tamban Naik Ke Darat..

Kejadian berlaku di Kg Tambisan Lahad Datu. Ia mungkin membawa petanda tertentu.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora......


Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.
Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini. "
 
Teringat Ustazah akan firman Allah swt di dalam surah Taubah ayat 51  seperti di bawah :
 
 
 
Ustazah juga turut bimbang mengenangkan ada keluarga kakak ipar di Sabah serta beberapa kenalan rapat. Mari kita doakan agar tiada sebarang perkara buruk yang akan berlaku di sana.
Seperti Allah swt sedang memberi amaran, sewajarnya kita menitipkan doa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Allah mahu kita hampir kepadaNya.
 
Tips daripada Ustazah perbanyakkan
 
1 ) Doa :

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Maksudnya :Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

 
2 ) Istighfar ; Pohon Keampunan Pada Allah SWT
 
3 ) Perbanyakkan membaca Al-Quran
 
4 ) Lakukan solat sunat   1/3 malam
 
4 ) Ikuti perkembangan semasa tentang keadaan cuaca, angin dan keadaan laut.
 
5 ) Tenangkan hati dan berusaha sebaik mungkin serta bertawakkallah kepada Allah SWT.
 
" Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami dan elakkanlah sesuatu yang tidak baik daripada menimpa kami."
 
 
 
 
 
 


1 ulasan:

  1. Moga tiada apa2 yang buruk berlaku, kita serahkan segalanya pada Allah kan UStazah.. :)

    Ada hikmah semuanya ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim