Ahad, 3 November 2013

 1:25 PG         3 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini dapat lagi doa untuk anak agar pandai belajar. Sebagai seorang guru kita memang sedia mengetahui bahawa kepandaian atau tahap IQ murid memang berbeza- beza.

Begitu juga dengan anak, seperti ustazah punyai 4 orang anak, jadi ustazah dapat merasakan kepelbagaian IQ mereka.Alhamdulillah 3 orang anak ustazah sudah lancar membaca Al-Quran. Tinggal lagi anak bongsu masih mengaji Iqra' lagi dan kerap terlupa huruf dan baris. Memang kena banyak bersabar dan pelbagai usaha telah ustazah lakukan.

Alhamdulillah kini bacaannya semakin baik dan kita sebagai ibu bapa perlu menitik beratkan pendidikan anak di rumah. Maklum di sekolah murid ramai masakan guru mampu memberikan perhatian pada anak kita sahaja. Tetapi itulah yang berlaku, ibu bapa kerap menyerahkan 100% pada guru agar anak kita pandai.

Doa yang ustazah titipkan ini adalah dapatan daripada Facebook dan memang boleh diamalkan apatah lagi bersumberkan daripada Al-Quran yang pasti tiada keraguannya. Selalulah hadiah Al-Fathehah pada anak, tiupkan surah Al- Insyirah di ubun-ubun dan doakanlah mereka dengan apa jua bahasa tanpa jemu.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada anak-anak kita di dunia hingga ke akhirat kelak

3 ulasan:

  1. Tq for sharing ye
    ilmu bermanfaat
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni ni96

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...

    sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal...Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan BersalinAdalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. bukan hanya kurma,banyak lagi makanan sunnah kegemaran nabi yg kita boleh amalkan.. Sharing is caring

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim