Selasa, 12 November 2013


Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah keputusan UPSR bagi murid tahun 6 2013 akan diketahui pada Khamis ini bersaman 14 Oktober 2013.

Tentu ramai ibubapa, murid dan guru berdebar-debar menanti keputusan tersebut. Jangan lupa ye untuk sujud syukur atas kejayaan yang dikurniakan, bagi yang kurang berjaya ini bukanlah sebagai penamat untuk kita terus maju kehadapan malah harus juga bersyukur dan bersabar.

Sila rujuk gambar di bawah untuk menyemak keputusan secara online.


Ahad, 3 November 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ini dapat lagi doa untuk anak agar pandai belajar. Sebagai seorang guru kita memang sedia mengetahui bahawa kepandaian atau tahap IQ murid memang berbeza- beza.

Begitu juga dengan anak, seperti ustazah punyai 4 orang anak, jadi ustazah dapat merasakan kepelbagaian IQ mereka.Alhamdulillah 3 orang anak ustazah sudah lancar membaca Al-Quran. Tinggal lagi anak bongsu masih mengaji Iqra' lagi dan kerap terlupa huruf dan baris. Memang kena banyak bersabar dan pelbagai usaha telah ustazah lakukan.

Alhamdulillah kini bacaannya semakin baik dan kita sebagai ibu bapa perlu menitik beratkan pendidikan anak di rumah. Maklum di sekolah murid ramai masakan guru mampu memberikan perhatian pada anak kita sahaja. Tetapi itulah yang berlaku, ibu bapa kerap menyerahkan 100% pada guru agar anak kita pandai.

Doa yang ustazah titipkan ini adalah dapatan daripada Facebook dan memang boleh diamalkan apatah lagi bersumberkan daripada Al-Quran yang pasti tiada keraguannya. Selalulah hadiah Al-Fathehah pada anak, tiupkan surah Al- Insyirah di ubun-ubun dan doakanlah mereka dengan apa jua bahasa tanpa jemu.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada anak-anak kita di dunia hingga ke akhirat kelak

Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT andai hari ini kita sudah bergelar isteri dan masih lagi bergelar isteri. Peluang isteri untuk memasuki syurga begitu mudah.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa lelaki(suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu kedudukannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada Allah).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar sang suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)Dakwah kreatif




Jumaat, 1 November 2013


Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat yang diredhai Allah swt.  


Tahniah bagi yang memohon dan semakan calon berjaya temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 

 31 Oktober 2013 ( Khamis ) di laman sesawang KPM




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim