Ahad, 6 Oktober 2013

 11:33 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Astagfirullah .. malam ini memang geram juga dengan gangguan daripada sang nyamuk yang asyik menemankan Ustazah ketika menyediakan soalan untuk peperiksaan akhir tahun. Semasa solat pun asyik menyanyi di tepi telinga dan sesekali di gigit bahagian muka.

Antara nyamuk yang berjaya dibunuh
Waktu makan malam bersama keluarga tadi terpaksa sediakan racun nyamuk supaya anak-anak dapat menikmati hidangan dengan tenang. Maklumlah sudah 2 malam  hujan, maka pembiakan nyamuk pun lebih cepat berbanding cuaca panas.

Teringat ustazah, haiwan ini ada disebut di dalam al-quran dan betapa ramai manusia mati kerananya berbanding harimau yang kita geruni.

Melalui haiwan ini juga banyak mengajar kita erti kesabaran dan penciptaan sesuatu oleh Allah pasti bukan sia-sia.

Terus memburu..dan janganlah ganggu Ustazah nak tidur pula.

4 ulasan:

  1. hehehe nyamuk jantan tu ustazah

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3..kalau tak bising tak ape, ini siap nyanyi2

      Padam
  2. Dugaannnnnnnn..ala kalau lmbt siap soklan tu reso je sendiri...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang..ini pun dia terbang2 tepi ustazah

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim