Rabu, 16 Oktober 2013

 12:09 PTG         4 comments
Bismillah dan assalamualaikum

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illallahu wallahu Akbar
Allahu Akbar wa lillahilhamd

Alhamdulillah selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda. Pada tanggal 10 Zulhijjah 1434 selamatlah kami sekeluarga berkorban. Seperti mana yang ustazah nyatakan dalam entri sebelum ini, terima kasih kepada bonda mertua yang sudi menamakan korban bagi Ustazah dan anak-anak. Semoga Allah SWT menerima amalan tersebut yang membawa bahagia di akhirat kelak.

Inilah Bonda Mertua Ustazah : Hajah Hasaton
Ustazah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga kakak dan abang ipar Puan Hajah Humaiyah dan Haji Ramlan, Razikin dan Mizah serta Zura, Wawa,Juma dan baby Amni yang sudi dan rela menjadikan rumah mereka di Kampung Parit Baru untuk keluarga ustazah melaksanakan korban . Maklumlah ini permintaan ibu mertua yag merupakan ibu kepada kakak ipar Puan Humaiyah selain di rumah Ustazah tiada lelaki dewasa kecuali Hamka yang berusia 5 tahun. 2 ekor lembu telah dikorbankan, jadi memakan masa setengah hari juga baru selesai.

Bercerita dengan anak2 dan cucu tentang Ibadah Korban
Semasa proses sembelihan, sempat bercerita pada anak-anak tentang ibadah korban yang bermula daripada kisah Nabi Ibrahim diwahyukan agar menyembelih anaknya Ismail. Anak2 rasa terharu dan pengajarannya Allah mahu kalau kita berkorban, berkorban dengan sesuatu yang paling kita sayang.Berat bukan? tetapi bagi orang yang yakin dengan janji Allah pasti tidak akan merasa berat.

Setelah siap memasak untuk mereka yang bertugas melapah daging, Ustazah bergegas pulang ke Kampung Banting untuk mengagihkan daging korban pada yang layak dan jiran tetangga. Subhanallah letih juga turun naik kereta..tidak mengapa yang penting hati terasa bahagia,lega dan syukur.



Tenang sebelum dikorbankan



Agresif sungguh lembu ini,,asyik nak menanduk saja ( korban daripada orang Shah Alam )



Allahu Akbar..



Alhamdulillah..



Semoga Allah mengganjari ahli gotong -royong ini



Proses memotong



Kerja keras..





Semoga Allah menambahkan sifat taqwa kita melalui ibadah korban ini..

4 ulasan:

  1. selamat hari raya ustazah ye.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu Titan..selamat Hari raya kembali

      Padam
  2. Alhamduillah. Selamat hari raya aidil adha buat ustazah sekeluarga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim