Rabu, 2 Oktober 2013

 8:56 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah ketika berkursus di Sabah tempohari sempat Ustazah di bawa oleh penganjur kursus untuk membuat lawatan di beberapa tempat, antaranya ke Rumah Terbalik.

Bagaimana ya keadaannya? Tiket untuk masuk ialah sebanyak RM10. Pengunjung hanya dibenarkan seramai 20 orang sahaja untuk setiap kali kemasukan kerana rumah tersebut tidaklah besar. Sempat jugalah Ustazah mengambil beberapa keping gambar diluar kawasan Rumah Terbalik itu.

Kawasannya damai dengan tiupkan angin, dihiasi pula dengan pokok-pokok bunga. Sebahagian hiasannya juga dalam keadaan terbalik. Cuba lihat foto di bawah siap ada kereta,basikal, pokok bunga dan tandas dalam keadaan terbalik.

Sudah nama terbalik maka rumah tersebut bumbungnya di bawah dan lantai di atas. Ketika ingin masuk kami diberikan sedikit penerangan dan pantang larang ketika memasuki rumah tersebut. Kami hanya dibenarkan melalui kawasan yang berkapet merah sahaja dan diharamkan sama sekali untuk mengambil gambar ketika sesi lawatan. Jika kita langgar peraturan tersebut maka denda RM100 akan dikenakan selain gambar tersebut perlu dipadam.

Apabila masuk dimulai dengan salam, terpegun kami seketika kerana segala perabot dan peralatan rumah semua dalam keadaan terbalik. Set sofa, meja makan, peti sejuk , katil dan segalanya dalam keadaan terbalik tetapi aircond dan kamera cctv dalam keadaan biasa.

Rumah tersebut telah dibina pada tahun 2011 dan telah dibuka untuk pelancong mulai 2012 dengan kos perbelanjaan 1/2 juta ringgit. Rumah tersebut juga semuanya berasaskan kayu itulah salah satu sebab kosnya tinggi.

Setelah selesai melawat, diluar rumah tersebut terdapat kedai cendemata seperti Keychain, baju, topi dan lain-lain lagi dengan potongan harga 20 peratus. Alahai tetapi tetap masih mahal juga. Jika pengunjung mahu menikmati roti atau kek dengan minuman bolehlah bersantai di cafe yang bersebelahan dengan kedai cenderamata.

Belum habis lawatan, hujan lebat turun membasahi bumi, angin begitu kuat dan sempatlah juga Ustazah membeli aiskrim yang jika di luar hanya berharga RM1 tetapi di situ RM2.10.

Ustazah rasa bersyukur sangat dengan lawatan ini yang merupakan pengalaman pertama menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu. Ada sesiapa yang ingin ke Sabah jangan lupa singgah dan lawatlah Rumah Terbalik yang tiada di Semenanjung atau di tempat lain.





















2 ulasan:

  1. uniknya rumah terbalik tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni akak tak pernah tahu tentang tempat ni..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim