Ahad, 20 Oktober 2013

 2:04 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini menyempatkan diri menghadiri majlis Walimah anak Puan Saniah dan Cikgu Hamsari. Rumahnya tidak jauh pun dari rumah Ustazah. Tidak termasuk kawasannya untuk gejobos atau rewang tetapi disebabkan Cikgu Saniah ini teman akrab di masjid, ustazah di jemputlah untuk gejobos.

Zaman telah banyak berubah, jika dulu amalan bergotong-royong adalah suatu kemestian bagi masyarakat kampung tetapi kini ramai yang sudah menggunakan khidmat catering..wah! Untung juga jadi pengusaha makanan ni ye. Jadi ustazah datang pun cuma melayan tetamu, bersalaman dan memberi cenderamata atau berkat dalam bahasa jawanya.

Ramai tetamu yang hadir terutamanya cikgu- cikgu, jadi ramailah juga yang Ustazah kenali. Syukur alhamdulillah cuaca pun cerah secara tidak langsung amat membantu perjalanan majlis. Majlis tiada iringan muzik yang membingitkan, sungguh simple, pengantin pun tiada upacara perarakan. Tahu- tahu pengantin sudah duduk di meja makan beradab.

Paling membahagiakan, pengantin perempuan adalah anak cikgu Tumijah, cikgu Ustazah dulu di SAMT Batu 38 Sabak Bernam. Apabila bersalaman pun dia masih ingat nama Ustazah.

Selamat pengantin baru untuk Hakim dan Masshitah.Barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fi khair..





























2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim