Isnin, 14 Oktober 2013

 11:45 PG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah, majlis pertunangan anak saudara Atiqah dan Zabidi telah selesai dengan diiringi doa di akhir majlis. Ramainya rombongan meminang walau daripada Johor, maklumlah bakal tunang anak saudara adalah anak bongsu.

Ketika menanti kehadiran rombongan meminang sempatlah Ustazah dengan anak saudara Miza dan anak-anak berposing mengalahkan orang yang nak bertunang. Bukan apa, sudah lama tidak ada saudara dekat yang bertunang so ini kira tumpang seronok.

Tahniah buat kakak ipar Puan Hajjah Hasimah dan Haji Mohd Nasir Abdullah yang bakal menerima menantu in sha Allah pada masa yang telah disepakati melalui perbincangan di majlis ini.

Hidangan makanan sangatlah sedap, menu jawa iaitu menu nasi ambeng. Mereka suka gecok ikan keli dan sambal goreng. Lain kali buat banyak lagi ye tuan rumah, boleh kami bawa berkat balik he he..

Eh! Mumtaz yg bertunang ke sama baju dengan barang hantaran

Mak Cik Asiah dan Mizah ( anak Saudara )


Puteri2

Manisnya ! maklum nak dapat cincin



Alhamdulillah..
Semoga Bahagia





Menikmati hidangan jawa..sedap!

Ustazah doakan semoga apa yang dirancang di majlis pertunangan ini akan dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah SWT.

Sekali lagi tahniah untuk mereka sekeluarga..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim