Khamis, 3 Oktober 2013

 10:30 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah rasa bertuah kursus kali ini, jauh dan paling menariknya di Sabah pula. Selalu berkursus di Semananjung kini Allah beri peluang dan rezeki di kepulauan Borneo.

Setelah 2 hari berkursus di Kota Kinabalu, pada malam terakhir kami akan menginap di Cottage Hotel yang terletak di Kundasang. Terasa lama perjalanan menaiki bas menempuh jalan yang agak sempit, curam dan suasana seperti perjalanan ke Cameron Highland.Sepanjang perjalanan sentiasa berdoa semoga perjalanan kami selamat ini kerana hujan turun dengan lebat dan cuaca yang berkabus kerana kami berada di kawasan bukit yang tinggi. Seronok dan mencabar pengalaman ini. Apabila hampir tiba di hotel, kami berhenti seketika untuk menikmati makan malam di Restauran Panataran. Sedap makan di sini berbanding di hotel Tang Dynasty di Kota Kinabalu. Servis pun cepat walhal kami ramai.

Ketika sampai di hotel, terasa sejuk dan angin pula agak kuat. Risau juga kerana Ustazah tidak membawa baju tebal. Tetapi bagi Ustazah masih sejuk di Cameron Highland atau di Genting. Desiran angin begitu kuat hingga terasa di tepi pantai, kami pasti sekarang kami berada di kawasan yang tinggi.Tidak sabar untuk menunggu siang bagi mengetahui dan meninjau kawasan dipersekitaran gunung.

Seawal jam 4..45 pagi sudah bangun tidur untuk menunaikan solat subuh. Maklumlah di sini waktunya lebih awal. Apabila pukul 6.00 pagi suasana sudah terang benderang.Wah! Subhanallah bestnya melihat kedudukan kami kanan dan kiri adalah bukit atau gunung yang tinggi. Siap diliputi awan lagi. Bergegas Ustazah turun untuk mengambil gambar menggunakan kamera iPad sahaja.

Hati berbunga-bunga memuji akan nikmat Allah SWT, dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah dalam penciptaan alam yang indah. Apabila di semak dalam Al-Quran betapa gunung ganang yang tersergam ini akan mengalami kehancuran suatu hari nanti.Tiba-iba hati menjadi takut dan gerun..Ya Allah yang Maha Pengampun ampunkan lah kami atas segala kesilapan yang pernah kami lakukan sama ada sengaja atau sebaliknya. Melihat hamparan bumi ciptaan Mu dapat merasakan betapa kerdilnya kami. Betapa hebatnya kuasa Mu ya Allah.











2 ulasan:

  1. dah lama tak pergi kundasang. Last pergi dulu..masa belajar kat ums dulu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim