Bismillah dan Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah tidak lama anak saudara akan bertunang, terfikir-fikir apakah kek yang mahu Ustazah sumbangkan. Tiba- tiba teringat akan keenakan kek coklat Moist BerCheese yang sungguh sedap in sha Allah. Padanan coklat dan cheese yang lemak memang mengujakan.
Anak- anak pun suka dengan kek ini. Jom cuba kek ini untuk mereka yang kita sayangi.
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung/masak biasa
#ayak serbuk koko dan campurkan semua bahan dan kacau menggunakan wish/pemukul atau mahu blenderkan pun boleh.
Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking Powder
1 sudu teh soda bikarbonat
# Ayak semua bahan di atas dan satukan dengan adunan bahan A.
4 biji telur dipukul seketika dan satukan dengan adunan di atas. Setelah siap bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahan C
250 gram cheese
100 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
#blender atau putar dengan mesin pengadun sehingga halus.
Cara mengukus.
1. Griskan loyang 9 inci dengan planta dan taburkan sedikit tepung.
2. Tuangkan 1 bahagian kek coklat ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus 30 minit atau sehingga masak.
3. Angkat sebentar dan tuangkan adunan cheese, tutup juga dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.
4. Akhir sekali tuangkan sebahagian adunan kek coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.
Siap untuk di makan..selamat mencuba. Jika mahu lebih sedap siramkan kek dengan topping coklat
wah.. menarik... nak book mark resepi ni... nak buat cadangnya nnt... :) terima kasih ustazah share resepi...
BalasPadamSama2 kasih. Cubalah
Padamsedapnya terliur ni kak, esok nak try bagi anak2 mmg suka cheese coklat ni.
BalasPadamKejap je abis kalau anak2 ustazah makan
Padamamboi..sedapnya kek ni. tapi saya tetap suka carrot cake kak Ain :)
BalasPadamPelanggan tetap akak ni..Syukran Laili
Padammesti sedap ni, cheese yang kat tengah tu buat geram...heeee.
BalasPadamsemoga majlis bertunang anak saudara ustazah lancar dan dipermudahkan nanti.
Ameen..ok nnti bila Tuan denaihati ada anjurkan event saya akan sponser kek ni in shaaAllah
Padamsalam..
BalasPadamsaya baru buat yg tak bercheese...tp tak mengunakan telur..
nanti nak cuba resepi ni pulak...
saya follow sini..salam kenal...
Dah singgah blog akak Kamsiah..itu la mcm nak cuba kek coklat tanpa telur tu
PadamWslm..saya dah singgah blog akak mcm nak cuba kek tanpa telur tu
PadamAisss...sedapnya
BalasPadam