Selasa, 8 Oktober 2013

 7:33 PG         No comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dan selawat buat Rasulullah SAW, tiba pula giliran untuk ke Hot Spring Poring. Nama tempat ini selalu di sebut dengan ibu mertua. Ini kerana pada masa ia melawat ke rumah anaknya di Ranau, seharian ibu menjelajah kawasan ini.

Kami diperuntukkan selama sejam sahaja untuk meninjau kawasan ini. Apabila masuk sahaja, sudah terasa dingin dan sejuk,terdengar aliran air yang melanggar batu..oh terdapat air terjun rupanya. Terus terang Ustazah katakan ustazah tidak berkeinginan untuk masuk lebih jauh kerana masa terlalu singkat.

Ustazah hanya melawat dibahagian depan sahaja iaitu kawasan kolam air panas. Pengunjung dibenarkan mandi mengikut kawasan kolam yang disediakan. Selain mandi pengunjung juga boleh merendamkan kaki sahaja di kawasan yang disediakan.

Ustazah tidak melepaskan peluang tersebut. Aww! Panasnya, tetapi gagahkan juga lama kelamaan panas yang dirasai semakin berkurangan. Terasa lega, hilang segala lenguh- lenguh.
Memang terasa damai dan menenangkan di kelilingi pohon palma yang tinggi berbalam- balam disulami kicauan burung. Terasa rugi tidak meneroka keseluruhan kawasan.

Jom nikmati gambar yang sempat Ustazah ambil untuk kenang-kenangan





















0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim