Rabu, 2 Oktober 2013

 4:55 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur pada Allah, Ustazah terselamat daripada dilanggar lori yang sedang undur tanpa menyedari kereta yang ustazah naiki berada di belakangnya.

Kejadian berlaku ketika waktu rehat untuk minum pagi daripada melaksanakan tugasan di SMJK Yoke Kuan. Ustazah menumpang kereta guru lain dan duduk dibahagikan belakang sebelah kiri. Ketika kawan ustazah baru parking, lori tersebut berhenti. Tetapi ketika Ustazah mahu keluar daripada kereta tersebut tiba-tiba lori itu bergerak dan berundur menghala ke ke kereta yang Ustazah naiki. Kawan Ustazah tidak sempat untuk mengelak dan alhamdulillah Ustazah belum melangkah keluar daripada kereta. Ngeri juga dengan keadaan cermin yang pecah dan sedikit kemik dibahagian pintu Ustazah duduk. Melihat lori yang berundur dan pasti terkena muka jika lori diundur laju dan jikaUstazah sedang keluar pintu mahu juga tersepit kaki atau badan.

Perbincangan antara pemandu lori dalam keadaan baik dan dia sanggup bertanggungjawab. Dia menyatakan yang tidak perasan dengan kehadiran kereta kami walaupun kawan Ustazah telah menyalakan lampu isyarat sebelum parking. Dia pun rasa bersalah kerana parking dalam keadaan yang tidak betul.

Kasihan pula pada kawan Ustazah, tidak semena-mena keretanya kemik dan pecah cermin. Akhirnya melalui perbincangan kos baik pulih akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik lori tersebut tanpa perlu report di balai polis.

Mudah kita sebagai umat Islam, kami menyatakan ini jua adalah sebahagian daripada ketentuan Allah SWT pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu.






2 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah, ustazah terselamat dengan izin Allah
    tentu teringat ingat kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak , alhamdulillah selamat cuma kereta kawan la yg kesian

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim