Khamis, 17 Oktober 2013

 8:21 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya anak ustazah yang kedua Ijah ( Hafsah Hafizah ) selesai khatam Al-Quran pada malam Jumaat. Mengimbas kembali pada awalnya anak Ustazah ini agak sukar untuk membaca Al-Quran berbanding anak sulong.

Berkat kesabaran kami, walau pun ia lambat khatam, Ustazah berpuas hati dengan penguasaan tajwidnya. Selesai khatam, Ustazah bacakan doa khatam Al-Quran dan memeluknya serta memberikan kata-kata semangat agar terus bahagia membaca Al-Quran.

Maka, selepas ini bermulalah misinya untuk mengkhatamkan Al- Quran untuk kali kedua. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Tugas Ustazah perlu memantau bacaan setiap hari, selain memberi tumpuan serius pada Mumtaz dan Hamka yang kini masih belum khatam lagi.

Bolehlah selepas ini anak sulong Farah dan Ijah bantu Ustazah mengajar anak-anak jiran yang semakin ramai menghadiri kelas mengaji di rumah Ustazah..maklum mahu merasai Raudhah taman syurga di rumah seperti yang dijanjikan Rasulullah bahawa tempat yang adanya majlis ilmu diibaratkan seperti taman syurga..

Jom..jadikan rumah kita bergema dan tidak sunyi dengan alunan ayat Al- Quran.



4 ulasan:

  1. Tahniah Ijah..tumpang bangga bila lihat Ijah dah khatam Al-Quran di usia muda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Laili..akak pun rasa lega

      Padam
  2. alhamdulillah, tahniah buat adik ijah moga menjadi anak yang solehah yang berilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran mama Siti Rokiah...aameen

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim