Isnin, 28 Oktober 2013

 11:38 PG         6 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kita peringatan demi peringatan dalam kehidupan seharian. Semoga kita adalah terdiri daripada orang yang sentiasa sedar dan peka terhadap didikan Allah SWT melalui apa yang berlaku dalam jadual harian kita sebagai insan.

Apabila kita melakukan maksiat, sebagai umat Islam kita yakin dosa akan dicatat oleh malaikat. Berkaitan terampunnya dosa bergantung kepada mujahadah kita untuk bertaubat dan berusaha tidak mengulanginya lagi.

Apa kata kita cuba mengenali simptom atau tanda barah dosa di hati yang disebabkan maksiat sebagaimana yang dikenal pasti oleh ulama' :

1. Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati

2. Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah SWT

3. Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya.

4. Urusan peribadi dirasakan rumit dan sulit .

5. Resah gelisah dan lemah semangat .

6. Semakin berani buat maksiat lagi.

7. Bertangguh taubat dan istighfar .

8. Merasa remeh perkara berkaitan agama.

9. Tidak terfikir masa depan akhirat.

10. Tidak malu orang tahu kita bermaksiat malah berbangga.

Ustazah mengajak diri sendiri dan pembaca agar meneliti simptom di atas ada atau tidak pada diri kita, andai ada mari kita rawat sebelum ia menjadi kanser dan pembunuh senyap yang akan membuat kita derita di dunia apatah lagi di akhirat.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami dan bantulah kami menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus...ameen

6 ulasan:

  1. err..ni bukan budak sekolah kita kan kak?

    BalasPadam
  2. Ini satu program parenting.. Anak2 diajar sujud syukur

    BalasPadam
  3. terima kasih atas peringatan ini kak, selalunya klu rasa lain mcm terus istighfar

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 di atas ye Ustazah.. aminnn :D

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan..kita kena sentiasa awas dan berusaha

    BalasPadam
  6. sama2 lah kita perbaiki diri...in shaa Allah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim