Isnin, 28 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allah SWT sentiasa memberikan kita peringatan demi peringatan dalam kehidupan seharian. Semoga kita adalah terdiri daripada orang yang sentiasa sedar dan peka terhadap didikan Allah SWT melalui apa yang berlaku dalam jadual harian kita sebagai insan.

Apabila kita melakukan maksiat, sebagai umat Islam kita yakin dosa akan dicatat oleh malaikat. Berkaitan terampunnya dosa bergantung kepada mujahadah kita untuk bertaubat dan berusaha tidak mengulanginya lagi.

Apa kata kita cuba mengenali simptom atau tanda barah dosa di hati yang disebabkan maksiat sebagaimana yang dikenal pasti oleh ulama' :

1. Ilmu agama susah difahami, diingat dan dihayati

2. Terasa diri semakin liar dan liat untuk mendekati Allah SWT

3. Merasa diri tidak dihormati dan dilayan dengan sepatutnya.

4. Urusan peribadi dirasakan rumit dan sulit .

5. Resah gelisah dan lemah semangat .

6. Semakin berani buat maksiat lagi.

7. Bertangguh taubat dan istighfar .

8. Merasa remeh perkara berkaitan agama.

9. Tidak terfikir masa depan akhirat.

10. Tidak malu orang tahu kita bermaksiat malah berbangga.

Ustazah mengajak diri sendiri dan pembaca agar meneliti simptom di atas ada atau tidak pada diri kita, andai ada mari kita rawat sebelum ia menjadi kanser dan pembunuh senyap yang akan membuat kita derita di dunia apatah lagi di akhirat.

Ya Allah ampunilah segala dosa kami dan bantulah kami menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus...ameen

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pembentangan bajet 2014 telah diumumkan petang tadi. Tentu para penjawat awam ternanti-nanti pengumuman bonus untuk tahun ini.

Penjawat awam akan memperolehi bonus setengah bulan gaji dan minima RM500. Bagi golongan pesara pula bantuan kewangan Khas akan diberi sebanyak RM250.Pembayaran pula akan dilaksanakan pada awal Januari 2014.

Bersyukurlah dengan pengumuman ini..rezeki Allah SWT luas dan jangan berputus asa untuk terus berusaha memperolehinya.



Rabu, 23 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamulaikum

Innalillahi wa inna Ilaihi raji'un..kasihan Kak Dewi sakit gigi. Lantas Ustazah cuba mencari ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan rujukan untuk mengurangkan kesakitan yang di alami.

Sila rujuk surah Yaasin ayat 78 - 79 atau lihat gambar di bawah tentang cara perubatannya.

Syafakallah untuk Kak Dewi..Ya Allah redakan kesakitannya Ya Allah..semoga kesakitan ini memberikan ganjaran pahala dan menjadi penyebab gugurnya dosa- dosa yang pernah kita lakukan.

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allahu Akbar. Apabila terbaca kenyataan bahawa Sultan Brunei dengan rasminya pada 22 Oktober 2013 mengumumkan akan melaksanakan hukum hudud secara berperingkat.

Apa yang terjadi? 

Ustazah menitiskan air mata kesyukuran tidak terhingga kerana begitu terharu malah tumpang berbahagia punyai pemimpin Islam  yang menyedari tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Apatah lagi baginda menyatakan "Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan."

Subhanallah terharu.. benar-benar terharu lantas Ustazah maklumkan berita baik ini di bilik guru untuk pengetahuan rakan sejawat dan tanpa melengahkan masa bersujud syukur tanda gembira.

Lisan memanjatkan doa agar suatu hari nanti Malaysia juga akan melaksanakan undang-undang yang termaktub di dalam Al-quran yang pastinya tiada keraguan malah penyelesaian kepada masalah jenayah yang semakin sukar dibendung.

Alangkah indahnya hidup  taat pada Allah swt..tetapi kita sering tewas.
Alhamdulillah Allah Maha Pengampun..
Ya Allah Ampunilah segala dosa-dosa kami







Selasa, 22 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualiakum

Alhamdulillah sudah sampai di sekolah pagi ini.

Bahagia mahu bersama murid- murid dan rakan sejawat.

Indahnya kami boleh bersalaman, berbalas ucapan salam, pertukaran ilmu pengetahuan dan berbagai perkara boleh berlaku sepanjang hari.

Sampai sahaja telah kedengaran murid mengalunkan bacaan Al- Quran Surah As- Sajadah sebagai pengisian rohani murid di awal pagi.

Kami akan banyakkan berdoa ketika kami berada di sekolah kerana janji Allah pada orang yang menyebarkan dan menuntut ilmu amat besar ganjarannya...

Bahagianya di sekolah! Anda pula bagaimana semoga bahagia juga menanti anda!





Isnin, 21 Oktober 2013


 Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kita bersyukur mempunyai zuriat dan tanggungjawab mendidiknya terletak dibahu ibu bapa. Ustazah apatah lagi, mendidik anak tanpa suami di sisi suatu cabaran yang membahagiakan. Berusaha sebaik mungkin hanya memohon pertolongan daripada Allah swt dengan mencari ilmu melalui pelbagai medium.

i-City Shah Alam
Penyejuk Mata Ustazah
Antaranya perkogsian daripada pondokhabib, ada sebahagiannya sudah menjadi amalan dan sudah merasai nikmatnya. Mari kita kongsi dan amalkan ilmu berikut :

1.Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Kredit: profdrmuhaya

Ahad, 20 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini menyempatkan diri menghadiri majlis Walimah anak Puan Saniah dan Cikgu Hamsari. Rumahnya tidak jauh pun dari rumah Ustazah. Tidak termasuk kawasannya untuk gejobos atau rewang tetapi disebabkan Cikgu Saniah ini teman akrab di masjid, ustazah di jemputlah untuk gejobos.

Zaman telah banyak berubah, jika dulu amalan bergotong-royong adalah suatu kemestian bagi masyarakat kampung tetapi kini ramai yang sudah menggunakan khidmat catering..wah! Untung juga jadi pengusaha makanan ni ye. Jadi ustazah datang pun cuma melayan tetamu, bersalaman dan memberi cenderamata atau berkat dalam bahasa jawanya.

Ramai tetamu yang hadir terutamanya cikgu- cikgu, jadi ramailah juga yang Ustazah kenali. Syukur alhamdulillah cuaca pun cerah secara tidak langsung amat membantu perjalanan majlis. Majlis tiada iringan muzik yang membingitkan, sungguh simple, pengantin pun tiada upacara perarakan. Tahu- tahu pengantin sudah duduk di meja makan beradab.

Paling membahagiakan, pengantin perempuan adalah anak cikgu Tumijah, cikgu Ustazah dulu di SAMT Batu 38 Sabak Bernam. Apabila bersalaman pun dia masih ingat nama Ustazah.

Selamat pengantin baru untuk Hakim dan Masshitah.Barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fi khair..





























Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW .

Ketika sedang menggoreng bee hoon untuk sarapan pagi, anak Ustazah yang ketiga Mumtazah berlari- lari membawa iPad mini menunjukkan aplikasi Zikir Harian dan menyatakan kepada Ustazah " Mak jangan lupa untuk hari ini zikir hari Ahad " lantas ustazah jawab " terima kasih sayang ingatkan mak".

Subhanallah...alhamdulillah Allah SWT menggerakkan hati anak untuk ingatkan Ustazah.


Jom kita amalkan zikir harian tersebut. Mudah dan ringkas semoga Allah SWT memberikan kita ketenangan dengan mengingatiNya. Itu adalah janjiNya. Mahu rasa kesannya kena amalkan dulu baru rasa manisnya.

Selamat beramal.

Sabtu, 19 Oktober 2013



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah melaksanakan tugas di akhir tahun dengan mengedarkan borang pencalonan pengawas kepada setiap guru tingkatan.

Borang Pencalonan Pengawas 2014

Tingkatan :______________________________
Nama Guru Ting : ________________________




Bil

Nama Calon Pengawas

Asas Pencalonan

1








2













3













4








 
Makluman :
1.       Calon minima adalah 2 orang dan calon maksimum adalah  4 orang .
2.       Asas pencalonan adalah berdasarkan tahap sahsiah, kepimpinan, kebertanggungjawaban dan akademik murid.
3.       Sila hantar borang pencalonan kepada ketua guru pengawas
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai juga kuih Ustazah tepat jam 12.00 malam, tempahan daripada Cikgu Hamsari suami kepada Cikgu Saniah yang sedang melaksanakan majlis kenduri kahwin anak sulungnya.

Gawat juga pagi tadi sebab hari in( Sabtu ) adalah sekolah berganti di sekolah ustazah, mahu menghantar ke rumahnya tetapi tiba-tiba Cikgu Hamsari datang mengambil sendiri ke rumah. Allah mudahkan urusan.

Ustazah pun ucapkan terima kasih banyak- banyak atas kesudiannya menempah kuih ini buat kali kedua. Siap bagi duit lebih lagi untuk anak-anak ustazah, ustazah lantas mendoakan agar rezekinya semakin bertambah lagi atas sifat pemurahnya.

Balik sekolah nanti ustazah akan pergi ke rumahnya untuk rewang atau gejobos. Minggu ini cuti seperti tidak cutilah ye. Beginilah kita hidup bermasyarakat.

Semoga Allah melancarkan dan memberkati majlis kenduri yang akan dilaksanakan pada hari ini dan esok kepada Cikgu Hamsari dan Cikgu Saniah

Jumaat, 18 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah ..malam ini mengajar Al -Quran lagi. Ustazah hanya mengajar 3 kali seminggu untuk anak- anak jiran selainnya Ustazah tumpu pada kerja sekolah, pendidikan anak dan mencari pendapatan tambahan.

Subhanallah..Sentiasa menghadapi cabaran membetulkan hukum tajwid panjang, pendek dan dengung ketika mengajar. Pengalaman ustazah selama mengajar Al- Quran itulah cabarannya. Bahkan anak Ustazah sendiri memakan masa yang lama untuk diperbetulkan.

Harapan ustazah agar, ibu bapa ketika di rumah berilah tumpuan pada anak- anak untuk memperbetulkan bacaan. Perlu membaca selalu agar bacaan anak-anak lancar tidak tersekat-sekat. Anak akan lebih bersemangat jika ibu bapanya duduk bersama membaca Al-Quran.

Semoga kelas mengaji yang ustazah adakan ini dapat memberi bantuan pada anak-anak jiran yang ingin belajar dan memperbaiki bacaan Al-Quran.

Anak-anak ustazah ada bertanya : " kenapa mak suka mengajar Al-Quran?", Maka Ustazah jawab : " Mak teringat hadith Rasulullah SAW ada menyatakan sebaik-baik kamu ialah yang belajar dan mengajarkan Al-Quran " selain menjadikan rumah sebagai penyebaran ilmu pengetahuan yang diumpamakan sebagai taman syurga.

Jom..sahabat sekalian perhatikan bacaan Tajwid anak-anak agar bahagia kita dunia akhirat.






Khamis, 17 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya anak ustazah yang kedua Ijah ( Hafsah Hafizah ) selesai khatam Al-Quran pada malam Jumaat. Mengimbas kembali pada awalnya anak Ustazah ini agak sukar untuk membaca Al-Quran berbanding anak sulong.

Berkat kesabaran kami, walau pun ia lambat khatam, Ustazah berpuas hati dengan penguasaan tajwidnya. Selesai khatam, Ustazah bacakan doa khatam Al-Quran dan memeluknya serta memberikan kata-kata semangat agar terus bahagia membaca Al-Quran.

Maka, selepas ini bermulalah misinya untuk mengkhatamkan Al- Quran untuk kali kedua. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Tugas Ustazah perlu memantau bacaan setiap hari, selain memberi tumpuan serius pada Mumtaz dan Hamka yang kini masih belum khatam lagi.

Bolehlah selepas ini anak sulong Farah dan Ijah bantu Ustazah mengajar anak-anak jiran yang semakin ramai menghadiri kelas mengaji di rumah Ustazah..maklum mahu merasai Raudhah taman syurga di rumah seperti yang dijanjikan Rasulullah bahawa tempat yang adanya majlis ilmu diibaratkan seperti taman syurga..

Jom..jadikan rumah kita bergema dan tidak sunyi dengan alunan ayat Al- Quran.



Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah .. Sesi persekolahan bagi tahun 2013 semakin tiba ke penghujungnya. Sebagai seorang guru pasti akhir tahun begini akan mengalami kesibukan sama ada berkaitan peperiksaan, perancangan bagi tahun hadapan dan kemasukan prestasi murid ke sistem SPPBS.

Ustazah mahu peringatkan diri sendiri dan rakan guru sekalian yang terlibat dengan PBS agar bersegera key in prestasi murid ke dalam sistem SPPBS sebelum 1 Desember 2013. Maklumat melalui portal PBS tempoh itu tidak akan dilanjutkan lagi selepas itu.

Selain itu, murid dan ibu bapa tetap masih tidak boleh menyemak keputusan PBS. Sila rujuk pada guru kelas atau guru mata pelajaran untuk mengetahui tahap pencapaian masing-masing.

Ayuh! Cikgu - cikgu cepat siapkan kerja kita..lepas itu bolehlah kita tumpu pada perkara lain pula untuk tahun hadapan.

Rabu, 16 Oktober 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah wassolatu a'la Rasulul Amin wa a'la alihi wa sohbihi ajma'in.

Setelah berkorban barulah Ustazah mahu menggunting rambut Hamka. Setelah siap, apa lagi Hamka mesti mengajak ke Taman Permainan di Sabak Bernam. Kebetulan hari ini adalah hari bekerja, jadi ustazah menyempatkan diri untuk memasuki Muzium Sabak Bernam yang terletak bersebelahan Taman Permainan. 

Ini buka pertama kali Ustazah masuk ke sini, jadi kali ini masuk sekadar ingin mengambil gambar sahaja. Apatah lagi Hamka tak betah dek teringat Taman Permainannya yang belum cukup lama baginya bermain walaupun cuma dia seorang tanpa ditemani kakak-kakaknya.

Muzium ini terletak di Pekan Sabak Bernam. Kedudukannya di belakang Kolej Komuniti dan bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Sabak Bernam. Pada bahagian tepinya terdapat sungai Sabak Bernam. Nyaman suasananya. 

Muzium ini tidaklah terlalu besar, anda boleh melihat apa yang terdapat di Muzium Sabak Bernam melalui gambar di bawah :




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim