Bismillah dan Assalamualaikum
Maksud Firman Allah SWT di dalam surah Ar- Ra'd ayat 28 perlu kita yakini yang mana hati akan beroleh ketenangan dengan mengingati atau berzikir kepada Allah SWT.
Mulakan dengan langkah pertama dan sentiasa lazimi berzikir mengingati Allah pasti Allah SWT akan memberikan kita nikmat ketenangan dan kebahagiaan. Punca utama kita tidak bahagia adalah kerana dosa yang kita lakukan.Zikir umpama pencuci bagi dosa dan hati yang selama ini dibiarkan tanpa makanan rohani.
Zikirullah ibarat baja bagi hati. Ia penyubur dan penguat dalaman seseorang sehingga sebarang masalah dapat di atasi dengan mudah. Allah bersamanya sentiasa ! Sebaliknya, hati yang lupakan Allah akan melalui apa yang difirmankan oleh Allah, " Dan barang siapa yang menjauhi daripada mengingati-Ku maka baginya kehidupan yang sukar..." Surah Toha ayat 124.

terima kasih diatas perkongsian ini. patutlah ada yang berzikir beribu-ribu sehari... In Shaa Allah semoga menemui jalanNya.
BalasPadamYe Hisham ..semoga kita terpilih mendapat rahmat antara yang sentiasa mengingati Allah
Padam