Selasa, 24 September 2013

 10:46 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Ini kisah di hari Sabtu..Alhamdulilah hari ini Allah beri terus memberi rahmat pada kita semua yang pasti tidak mampu dihitung.

Ustazah amat bersyukur bermula daripada pagi terlibat dengan pelajar PMR dalam pecutan akhir untuk menjawab kertas Pendidikan Islam. Terasa damai membimbing pelajar menjawab soalan- soalan yang dijangka akan keluar pada tahun ini.Pelajar sedikit pun tidak menunjukkan kepenatan dan kebosanan. Sempat juga ustazah memberikan tips untuk cemerlang dalam peperiksaan.Menjadi harapan semoga mereka berjaya bukan di dalam peperiksaan malah menjangkaui kejayaan di akhirat kelak.

Sampai rumah dalam jam 2.15 petang, memeluk setiap anak dan memuji kecekapan mereka mengemas rumah dan membasuh kain. Terasa amat bersyukur setiap anak mengulangkaji pelajaran yang mana ustazah tinggalkan pesan sebelum meninggalkan rumah. Doa dipanjatkan semoga Allah SWT memelihara keselamatan anak2 di rumah bersama ibu mertua. Anak pun berkata emak jangan risau kami ada Allah yang jaga..Subhanallah Alhamdulillah syukur Kau kurniakan anak yang mengingati dan yakin kepada Mu ya Allah.

Tepat jam 3.15 petang bergegas pula untuk ke Surau Ilmiah, surau kampung Ustazah untuk sesi pengajian wanita. Ini adalah kali pertama ustazah berpengajian dengan mereka.Tajuk yang Ustazah bawakan ialah tentang Kelebihan Menuntut Ilmu.

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (Riwayat Muslim)

Ramai juga yang hadir dan alhamadulillah isteri kepada Imam surau ada membawa juadah minum petang. Semoga kampung kami mendapat kerahmatan atas majlis ilmu yang kami laksanakan.

Balik daripada pengajian, sempat singgah di rumah jiran yang baru bersalin bertanyakan khabar dan bersilaturrahim.

Tepat waktu maghrib, bergegas ke Masjid Al- Fitrah kerana malam ini juga ada ceramah bersama YB Ustaz Solihin. Bawa 3 orang anak. Damai dan tenang berada di rumah Allah SWT, kami terus memuji2 Allah dan bersyukur atas segala rahmat yang dikurniakan. Banyak pesanan dan ilmu yang diperolehi antaranya :

1. Pastikan hidup kita tidak sia- sia.
2. Jangan jemu untuk menghadiri majlis ilmu.
3. Banyakkan bergantung pada Allah SWT.
4. Menjadi harapan agar bersama kembali ke jalan atau landasan yang berteraskan Al - Quran dan sunnah.
5. Bersyukur atas segala nikmat.

Subhanallah, dihampiri dengan isteri ketua kampung dengan memberikan Ustazah 3 helai sejadah dan 3 helai tuala untuk anak- anak. Alhamdulillah terus mengajak anak2 sujud syukur atas nikmat dan rezeki yang kami perolehi.

Pulang ke rumah dengan hati yang penuh bahagia..ya Allah kami pohon keampunan daripada Mu. Semoga Allah SWT terus memberikan ruang dan peluang untuk terus kita menimba ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


4 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Seronoknye Kak Ain... Positif je..
    Semoge dapatlah saya jadi positif macam akak one day, dengan anak2 yg baik, dll.. Amiinnn :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kena yakin pada Allah SWT ..semoga Nadot selamat bersalin tak lama lagi

      Padam
  2. Alhamdulillah, majlis begini sikit sebanyak menambahkan ilmu kita ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim