Khamis, 26 September 2013

 9:04 PG         3 comments
Bismillah dan Assalamualikum

Alhamdulillah selamat sampai ke Kota Kinabalu sekitar jam 11.30 pagi bersama 5 orang peserta kursus koperasi. Kami dimaklumkan peserta yang lain terpaksa menaiki pesawat pada jam 3.40 petang, jadi kami yang sampai awal ini agak beruntung boleh jalan- jalan cari makan dulu sementara menunggu peserta yang lain dijangka akan sampai pada jam 6.30 petang.

Destinasi kami yang pertama, cari makan tengahari dahulu. Ustazah Order mee goreng basah, dalam fikiran terbanyang kesedapan makanan kegemaran, tetapi sekali dihidangkan rupa mee seperti mee sop.Oh! Mungkin di Sabah begini agaknya. Istimewanya apa sahaja makanan yang kita order pasti diiringi dengan kuah sop.

Selesai menjamu selera, terus menuju ke Pasar Filipin untuk meninjau- ninjau apa yang boleh di beli untuk ole-ole bila pulang ke Semenanjung. Apa yang ustazah dapati, di pasar ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian penjualan makanan, penjualan barangan kraftangan dan penjualan hasil laut.

Rambang mata bila melihat deretan mutiara,kerongsang yang harganya tentu berbeza dengan di Semenanjung. Tetapi peniaga juga bijak meletakkan harga yang tinggi, kena pandai tawar menawar. Jika membeli pada kuantiti yang banyak akan dapat harga yang rendah berbanding biasa.

Selain itu, barangan kraftangan bermotifkan negeri Sabah juga banyak di jual seperti dompet kulit, bag manik, ukiran2 yang unik dan pelbagai barangan lagi.

Apabila ke bahagian makanan hasil laut, wah! Seronoknya melihat deretan ikan masin tetapi harganya agak mahal. Mereka meletak harga RM 50 untuk Ikan Tenggiri Masin tetapi sekali di tawar boleh dapat RM25.Terdapat juga rumpai laut dan murah sahaja harganya RM 10 sekilo. Perlu bijak membuat pilihan.

Tidak lupa ustazah mencari kuih cin cin.Kuih kegemaran, mahu beli banyak untuk diagihkan pada saudara mara dan sahabat yang pastinya pasti bertanya apa ole-ole daripada Sabah apatah lagi ustazah asyik update status di FB.

Khabarnya sebelum balik akan ke pasar ini lagi untuk shoppping bagi peserta yang sampai lewat.Ustazah mahu mencari Kedai Jamilah yang dikhabarkan menjual kraftangan dengan harga borong.



















3 ulasan:

  1. jika berminat dgn gelang mutiara atpn kristal blh la whatsapp sia 0138843760 nk borong pn blh nk ambl bnyk hrga pn makin murah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim