Ahad, 1 September 2013

 9:15 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur hari ini kuih tradisional berasaskan ubi kayu Ustazah mendapat tempat pertama dan kedua. Ustazah hantar 2 penyertaan yang mana satu nama Ustazah letakkan nama bonda mertua.

Pertandingan ini adalah anjuran sempena Program Sekolah Pintar TM di SMK Munshi Abdullah. Sengaja mahu mencuba, inilah kali pertama Ustazah memasuki pertandingan melibatkan masakan.

Ustazah menghantar Talam Boko Ubi Kayu dan yang menggunakan nama bonda mertua Talam Ubi Kayu Merdeka 56. Tempat pertama mendapat RM100 dan tempat kedua RM70.

Rasa berbaloi walau letih dan badan seperti tidak sihat. Ok mahu bersedia dengan perancangan untuk ke sekolah esok.

Semoga rezeki kita sentiasa bertambah malah lebih penting ada keberkatannya.







4 ulasan:

  1. tahniah kak Ain..masuk pertandingan apa ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertandingan memasak berasaskan ubi kayu

      Padam
    2. wah..sedap tu. sempena hari kemerdekaan ke?
      kan ke ubi kayu makanan yang dimakan semasa zaman Jepun..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim