Bismillah dan Assalamualaikum.
Alhamdulillah andai kita terpilih antara orang yang bersikap pemurah tetapi perlu berhati-hati dengan setiap amalan semoga tidak menjadi orang yang berbangga malah merasakan diri kita adalah terbaik.
Dalam satu kisah diceritakan
Sayidina Ali bin Abi Thalib membeli sebiji buah delima buat penawar isterinya
yang tercinta, Sayidatina Fatimah yang jatuh sakit dan sangat ingin makan buah
delima. Ketika perjalanan pulang, beliau bertemu seorang tua yang sedang sakit
yang juga telalu ingin makan buah delima.
Mengingatkan pesan Nabi agar
tidak menolak permintaan orang yang memerlukan, akhirnya Sayidina Ali
memberikan buah delima tersebut kepada lelaki tua itu.
![]() |
Menerima sumbangan ipad mini..yang memberi memang murah rezekinya |
Sampai di rumah, Sayidina Ali
menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Beliau amat berharap agar isterinya
memahami. Kata Fatimah, “ Wahai suamiku, mengapa engkau bersedih, demi Allah
ketika engkau memberikan buah delima itu, aku berasa puas dan lenyap
keinginanku kepada buah delima”.
Tiba-tiba terdengar ketukan di
pintu. Rupa-rupanya Salman Al-Farisi datang membawa sebuah bekas tertutup dan
berkata, “ Aku menghantarnya untukmu daripada Allah melalui perantaraan
Rasulullah SAW”.
Sayidina Ali membuka penutupnya
dan melihat di dalamnya ada Sembilan biji buah delima. Beliau bertanya segera,
“ Wahai Salman, jika ini memang daripada Allah untukku, pasti jumlahnya sepuluh
”, sambil membacakan firman Allah : “ Barang siapa membuat amal yang
baik, maka baginya ( Pahala ) sepuluh kali ganda amalnya.” ( al-An`am
6:160)
Salman terus tertawa sambil
mengembalikan sebiji buah delima yang ada di tangannya lalu berkata ; “Wahai
Ali, demi Allah aku hanya sekadar menguji sejauh mana keyakinanmu terhadap
firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi ”.
Beginilah antara teladan
terbaik daripada insan pilihan Allah SWT yang misi hidup mereka sentiasa ingin
memberikan yang terbaik sama ada kepada Allah atau sesama manusia.
Semoga kita dapat mengamalkan salah satu Sunnah
Rasulullah iaitu bersedekah yang mana dapat memadamkan api neraka, menghapuskan
dosa-dosa, keluarga bahagia, rezeki semakin bertambah malah pelbagai lagi
manfaatnya untuk kita di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Komen