Isnin, 2 September 2013

 4:16 PTG         2 comments
Bismillah dan Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada masa kini jika kita mahu melihat sesuatu tempat, tidak perlu pergi baru boleh melihat tempat tersebut.Cukup andai ada kenalan yang pernah pergi melawat tempat tersebut atau Google image kita sudah boleh berkongsi kebahagiaan malah terbayang- bayang sendirian andai diri berada di sana.

Terima kasih pada Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang kini tinggal di Madinah dan menjadi pensyarah di Universiti At- Taybah. Beliau banyak mengupload gambar dan menulis betapa nikmatnya tinggal di sana. Satu nikmat untuk insan yang terpilih.

Cukup sekadar gambar Ustazah sudah mengalirkan air mata kerana dek terlalu teringin untuk ke sana..terlalu ..terlalu..apabila ada sahabat bertanya apa yang Ustazah mahukan..pasti jawapan Ustazah mahu ke Makkah dan Madinah.

Hari ini Prof mengambil gambar di Raudhah dan di pos di FB yang mana suasana agak legang dan peluang begitu terbuka untuk jemaah wanita melakukan ibadah di situ..

Hati terus memanjatkan doa lantas menitis air mata kerinduan yang tidak bertepi...


2 ulasan:

  1. sy pon kalau lihat gambar masjidil haram dan masjidinnabawi mmg hati rasa rindu sgt nak ke sana lagi.

    InsyaAllah, Ustazah akan kesana dlm waktu terdekat. Ameen!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustazah pernah terbaca dlm majalah Solusi sebab kita selalu rindukan Makkah kerana tanah yang diciptakan untuk Nabi Adam berasal drpd situ. Aameen smG makbul doa Ishak..smG Ishak pun akan berpeluang jua utk ke sana

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim