Selasa, 3 September 2013

 9:59 PG         1 comment
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur dapat mengenali Kak Siti Rokiah. Hakikatnya kami tidak pernah bersembang dalam tempoh yang panjang tetapi mungkin inilah yang dikatakan rahmat daripada Allah SWT hati Ustazah terpaut mengikuti perkembangannya. Mungkin bahagia melihat kegigihannya dalam bidang perniagaan dan berblog selain sifatnya yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.

Kini dikhabarkan beliau akan menjalani operation kerana ada sedikit masalah kesihatan, Maka dikejauhan ini Ustazah sentiasa menitipkan doa agar Allah SWT memudahkan segala urusannya, tabah menghadapi ujian, diberi kesembuhan dengan segera dan redha dengan sesuatu yang Allah SWT tetapkan.

Yakinlah dengan rahmat Allah SWT dan pasti ramai insan yang menyayangi Kak Siti Rokiah sentiasa mendoakan kesejahteraannya.









1 ulasan:

  1. alhamdulillah, terimakasih banyak2 ustazah atas bingkisan ini, syukur akak sudah selamat menjalani pembedahan dan kembali ke rumah untuk berehat sebelum kembali aktif

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim