Khamis, 26 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah dapat menambah ilmu berkaitan hal koperasi anjuran ANGKASA di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu Sabah.

KD1 ialah kod bagi kursus asas kefahaman koperasi,KD2 ialah kod bagi kursus asas tadbir urus koperasi dan KD4 bagi kursus memahami penyata kewangan koperasi.

Kursus ini banyak memberi pendedahan tentang pengurusan koperasi yang berkesan sama ada di peringkat sekolah atau pun komuniti. Setiap kod Kursus, kami dibekalkan dengan kertas edaran dan dibentangkan secara detail.

Secara tidak langsung, perkara ini memberi pendedahan untuk guru-guru mentranformasikan koperasi di sekolah masing- masing atau pun jika berminat untuk menubuhkan koperasi sendiri untuk peringkat yang difikirkan sesuai.

Selepas ini ANGKASA juga akan mengadakan Bengkel Pembuatan Coklat di Haritage Hotel Cameron Highland pada 4-6 Oktober 2013. Peluang baik untuk Ustazah sertai ini, apatah lagi bengkel ini adalah percuma ditanggung sepenuhnya.



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Allah SWT terus memberi rahmat dan peluang untuk pelajar yang kini sepatutnya menyambung pengajian di Mesir untuk menyambung pengajian di tanah air. Ini kerana seperti yang kita ketahui bumi Mesir sedang diuji dengan pergolakan rampasan kuasa.

Ustazah ada juga mendengar rintihan pelajar yang pulang ke Malaysia dan mendapat tentangan keluarga untuk menyambung kembali pengajian di sana. Apa yang menyedihkan kredit di sana pasti tidak sama dengan IPT di sini. Tetapi alhamdulillah iklan daripada KPM ini memberi ruang dan peluang untuk mereka melanjutkan pengajian mengikut jurusan pengajian di Mesir.

Jadi mohonlah dan semak sebaik mungkin perincian yang dikendali. Permohonan dibuka mulai 24 September 2013 hingga 8 Oktober 2013. Sila klik https://www.mohe.gov.my/j3p2m/  untuk maklumat lanjut dan proses permohonan.

Semoga permohonan dipermudahkan oleh Allah SWT .


Bismillah dan Assalamualikum

Alhamdulillah selamat sampai ke Kota Kinabalu sekitar jam 11.30 pagi bersama 5 orang peserta kursus koperasi. Kami dimaklumkan peserta yang lain terpaksa menaiki pesawat pada jam 3.40 petang, jadi kami yang sampai awal ini agak beruntung boleh jalan- jalan cari makan dulu sementara menunggu peserta yang lain dijangka akan sampai pada jam 6.30 petang.

Destinasi kami yang pertama, cari makan tengahari dahulu. Ustazah Order mee goreng basah, dalam fikiran terbanyang kesedapan makanan kegemaran, tetapi sekali dihidangkan rupa mee seperti mee sop.Oh! Mungkin di Sabah begini agaknya. Istimewanya apa sahaja makanan yang kita order pasti diiringi dengan kuah sop.

Selesai menjamu selera, terus menuju ke Pasar Filipin untuk meninjau- ninjau apa yang boleh di beli untuk ole-ole bila pulang ke Semenanjung. Apa yang ustazah dapati, di pasar ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian penjualan makanan, penjualan barangan kraftangan dan penjualan hasil laut.

Rambang mata bila melihat deretan mutiara,kerongsang yang harganya tentu berbeza dengan di Semenanjung. Tetapi peniaga juga bijak meletakkan harga yang tinggi, kena pandai tawar menawar. Jika membeli pada kuantiti yang banyak akan dapat harga yang rendah berbanding biasa.

Selain itu, barangan kraftangan bermotifkan negeri Sabah juga banyak di jual seperti dompet kulit, bag manik, ukiran2 yang unik dan pelbagai barangan lagi.

Apabila ke bahagian makanan hasil laut, wah! Seronoknya melihat deretan ikan masin tetapi harganya agak mahal. Mereka meletak harga RM 50 untuk Ikan Tenggiri Masin tetapi sekali di tawar boleh dapat RM25.Terdapat juga rumpai laut dan murah sahaja harganya RM 10 sekilo. Perlu bijak membuat pilihan.

Tidak lupa ustazah mencari kuih cin cin.Kuih kegemaran, mahu beli banyak untuk diagihkan pada saudara mara dan sahabat yang pastinya pasti bertanya apa ole-ole daripada Sabah apatah lagi ustazah asyik update status di FB.

Khabarnya sebelum balik akan ke pasar ini lagi untuk shoppping bagi peserta yang sampai lewat.Ustazah mahu mencari Kedai Jamilah yang dikhabarkan menjual kraftangan dengan harga borong.



















Rabu, 25 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur pada Allah kali ini Ustazah dapat juga terbang di awan biru untuk kali pertama. Teruja la juga walau hanya terbang ke Kota Kinabalu bagi menghadiri Kursus Asas Pengurusan Koperasi anjuran Angkasa.

Ustazah telah tiba ke KLIA seawal jam 5.30 pagi dan check in 7.45 pagi dan berlepas jam 8.15 pagi menaiki pesawat Malindo Air.Alhamdulillah pesawat begitu selesa dan perkhidmatan juga memuaskan.

Teringat pesanan Ustaz Don ketika menaiki pesawat sedang bergerak naik perbanyakkan ucapan Subhanallah dan ketika pesawat mulai mendarat perbanyakkan ucapan Allahu Akbar.

Semoga musafir Ustazah dan rakan sejawat daripada sekolah- sekolah daripada Selangor mendapat keberkatan daripada Allah SWT ..

Selasa, 24 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Ini kisah di hari Sabtu..Alhamdulilah hari ini Allah beri terus memberi rahmat pada kita semua yang pasti tidak mampu dihitung.

Ustazah amat bersyukur bermula daripada pagi terlibat dengan pelajar PMR dalam pecutan akhir untuk menjawab kertas Pendidikan Islam. Terasa damai membimbing pelajar menjawab soalan- soalan yang dijangka akan keluar pada tahun ini.Pelajar sedikit pun tidak menunjukkan kepenatan dan kebosanan. Sempat juga ustazah memberikan tips untuk cemerlang dalam peperiksaan.Menjadi harapan semoga mereka berjaya bukan di dalam peperiksaan malah menjangkaui kejayaan di akhirat kelak.

Sampai rumah dalam jam 2.15 petang, memeluk setiap anak dan memuji kecekapan mereka mengemas rumah dan membasuh kain. Terasa amat bersyukur setiap anak mengulangkaji pelajaran yang mana ustazah tinggalkan pesan sebelum meninggalkan rumah. Doa dipanjatkan semoga Allah SWT memelihara keselamatan anak2 di rumah bersama ibu mertua. Anak pun berkata emak jangan risau kami ada Allah yang jaga..Subhanallah Alhamdulillah syukur Kau kurniakan anak yang mengingati dan yakin kepada Mu ya Allah.

Tepat jam 3.15 petang bergegas pula untuk ke Surau Ilmiah, surau kampung Ustazah untuk sesi pengajian wanita. Ini adalah kali pertama ustazah berpengajian dengan mereka.Tajuk yang Ustazah bawakan ialah tentang Kelebihan Menuntut Ilmu.

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (Riwayat Muslim)

Ramai juga yang hadir dan alhamadulillah isteri kepada Imam surau ada membawa juadah minum petang. Semoga kampung kami mendapat kerahmatan atas majlis ilmu yang kami laksanakan.

Balik daripada pengajian, sempat singgah di rumah jiran yang baru bersalin bertanyakan khabar dan bersilaturrahim.

Tepat waktu maghrib, bergegas ke Masjid Al- Fitrah kerana malam ini juga ada ceramah bersama YB Ustaz Solihin. Bawa 3 orang anak. Damai dan tenang berada di rumah Allah SWT, kami terus memuji2 Allah dan bersyukur atas segala rahmat yang dikurniakan. Banyak pesanan dan ilmu yang diperolehi antaranya :

1. Pastikan hidup kita tidak sia- sia.
2. Jangan jemu untuk menghadiri majlis ilmu.
3. Banyakkan bergantung pada Allah SWT.
4. Menjadi harapan agar bersama kembali ke jalan atau landasan yang berteraskan Al - Quran dan sunnah.
5. Bersyukur atas segala nikmat.

Subhanallah, dihampiri dengan isteri ketua kampung dengan memberikan Ustazah 3 helai sejadah dan 3 helai tuala untuk anak- anak. Alhamdulillah terus mengajak anak2 sujud syukur atas nikmat dan rezeki yang kami perolehi.

Pulang ke rumah dengan hati yang penuh bahagia..ya Allah kami pohon keampunan daripada Mu. Semoga Allah SWT terus memberikan ruang dan peluang untuk terus kita menimba ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Khamis, 19 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Minggu depan belum tentu, peringatan buat diri agar sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala dosa.

Pada Jumaat yang penuh keberkatan ini Ya Allah kami memohon pada Mu :

1. Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka seperti mana mereka Mengasihani kami semasa kami kecil.

2. Bantulah kami agar sentiasa mengingati Mu, mensyukuri nikmat Mu dan beribadah dengan baik kepada Mu ya Allah.

3. Kurniakanlah kami pasangan dan anak- anak sebagai penyejuk mata dan menjadi pemimpin kepada orang yang bertaqwa.

4. Sampaikan salam Ya Allah pada kekasih Mu dan kekasih kami iaitu Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat yang diredhai Allah SWT.

5. Rahmatilah umat Islam di seluruh dunia, betapa diri begitu menyayangi keluarga, sahabat, kenalan, guru- guru, anak murid serta yang mengenali diri Ustazah.

6. Kurniakanlah kami kejayaan hidup yang membuatkan kami sentiasa hampir pada Mu ya Allah.

6. Berharap agar dapat melaksanakan tuntutan Jumaat berdasarkan foto di bawah :

Sabtu, 14 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Sabtu yang damai, dapat bersama anak-anak. Pagi ini Ustazah luangkan masa lagi untuk menyemak bacaan Al- Quran anak- anak iaitu Mumtaz, Ijah, Farah dan Hamka si anak bongsu Iqra' dan membaca buku " "bacalah anakku ".

Malam tadi Ustazah sudah menyediakan jadual untuk anak-anak pada cuti hujung minggu ini dan anak-anak bersetuju dengan jadual yang diatur.

Betapa bahagianya dapat mengajar dan mendengar bacaan Al-Quran anak- anak, terasa bahagia dan amat berharap Allah SWT merahmati dan mengurniakan keampunan pada seluruh muslimin dan muslimat serta memberikan rezeki yang baik.

Teringat maksud hadis Nabi SAW " sebaik- baik kamu ialah yang belajar dan mengajarkan Al- Quran. ". Jom berusaha jadi yang terbaik.

Apa pula aktiviti sahabat semua di hujung minggu?









Jumaat, 13 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Ijazah Petama Bagi Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 sudah boleh dilakukan mulai jam 12.00 tengahari 13 September 2013 sehingga jam 12.00 tengahari 13 Oktober 2013

Sila klik mengikut saluran yang ditetapkan mengikut kawasan permohonan.

Saluran 1 :Lembah Klang
Saluran 2 :Utara
Saluran 3 :Selatan
Saluran  4  :Sabah
Saluran  5 :Sarawak


Semakan melalui SMS dengan taipkan UPU RESULT ( No.Kad Pengenalan) & SMS ke 15888


Khamis, 12 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah  Allah mengurniakan kita zuriat. Perlu dididik tetapi pasti punya cabaran apatah lagi pada zaman serba canggih ini. Tidak dinafikan doa adalah satu senjata ampuh bagi orang mukmin.

Sebagai satu perkongsian yang baik daripada Dr. Tengku Ismadi tentang doa Pelembut Hati Anak-anak. Maklumlah jika mempunyai 4 orang anak, maka ragamnya semua berbeza dan sering kali berlaku pertelingkahan kecil. Kadang-kadang merebut giliran mandi, tempat duduk dalam kereta dan pelbagai karenah lagi. Maklumlah anak-anak kecil begitulah aksi mereka.


Jadi, sebagai ibubapa gunakan kesempatan di mana doa kedua ibubapa adalah antara doa yang mustajab. Mari kita cuba amalkan doa di atas dengan penuh keyakinan. In sha Allah..Allah SWT akan membantu urusan kita dalam melembutkan hati anak-anak.




Rabu, 11 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Bersyukur kita alhamdulillah, ada lagi tawaran istimewa bagi yang berminat menyambung pelajaran tetapi khas untuk mereka yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang Sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di IPTA dan universiti terkemuka atau bertaraf Ivy League.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan biasiswa ini anda boleh layari link di bawah:

https://payloan.mohe.gov.my/MyBrainSc/


Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya


Sabtu, 7 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah, kita sebagai ibubapa memang kadangkala terlebih risau tentang kejayaan anak-anak apatah lagi memikirkan apakah yang boleh kita lakukan bagi membantu anak- anak mudah menjawab peperiksaan yang akan dihadapinya.

Doa Untuk Pelajar Cemerlang

Baiklah Ustazah kongsikan apa yang terdapat di FB Ustaz Zahazan Mohamed berkaitan isu ini dengan merujuk foto di bawah :

Doa : Semoga Allah merahmati atas perkongsian ini terutamanya Ustaz Zahazan Mohamed.

Jumaat, 6 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum 

Alhamdulillah akhirnya keputusan EgTukar untuk Khas Guru J-Qaf Sesi September 2013 sudah boleh diketahui. Tentu bersyukur pada Allah SWT impian kita tercapai bagi yang berjaya. bagi yang tidak dapat berpindah bersangka baiklah, pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Baiklah bagi yang ingin mengetahui status pertukaran bolehlah klik di link



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah meriah sungguh sambutan Merdeka plus Raya tahun ini di sekolah Ustazah. Murid dan pelajar berhimpun seawal jam7.30 pagi. Semua mengalunkan lagu Negaraku ditambah dengan nyayian Jalur Gemilang. Selepas itu diadakan pula ceramah berkaitan sambutan merdeka menurut Islam.

Paling meriah bab makanlah ye. Murid dan guru makan beramai- ramai, sebahagian guru membawa makanan untuk menjamu murid dan rakan-rakan.

Pelbagai jenis juadah dan semuanya sedap. Siap bawa bekal bawa pulang ke rumah lagi. Meriah sungguh sambutan Mereka Raya apatah lagi majlis diiringi dengan lagu hari raya.

Selepas majlis selesai, bersiap pula menyusun dewan peperiksaan untuk murid tingkatan 5 yang akan menjalani peperiksaan percubaan SPM 2013. Semoga mudah urusan kalian.

Syukur atas segala nikmat- Mu ya Allah

Baiklah kita layan gambar-gambar di bawah :



















Khamis, 5 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Syukur pada Allah SWT pasti ramai guru J-Qaf yang menantikan keputusan penempatan untuk mengajar. Tahniah bagi anda semua daripada ustazah. Gunakanlah peluang ini untuk kita mencari saham di akhirat kelak di samping kebahagiaan di dunia.

Anda boleh menyemak melalui link 

Rabu, 4 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah rezeki lagi untuk anak-anak yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi atau Tingkatan 6 bagi tahun 2013 bagi menerima Bantuan Baucer Buku 1Malaysia.

Cepat ye tuntut baucer tersebut kerana tempoh sahnya hanya 2 bulan bermula 1 September 2013  hingga 30 Oktober 2013. Untuk keterangan lanjut berkaitan syarat dan kelayakan sila klik di sini.

Jangan lupa gunakan sebaiknya baucer tersebut untuk membeli buku bahan bacaan.Ianya merupakan satu amanah buat diri yang diberi nikmat.



Selasa, 3 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW yang diingati selalu.

Kali ini mahu berkongsi doa buat ibu bapa dan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan di penghujung setiap tahun. Doa tersebut ialah doa untuk mengelakkan lupa. Pada awalnya Ustazah terjumpa doa ini di buku 101 doa yang di tulis oleh Dr. Hj. Zahazan Muhamed. Kali ini pula bersumberkan daripada Majalah GenQ.

Mari kita hafaz berulang kali dan bolehlah diamalkan dalam kehidupan seharian...bila sudah hafaz berdoalah selalu terutama di waktu mustajab doa. Hati tenang malah terasa hampir dengan Allah SWT...

Subhanallah Alhamdulillah. Allahu Akbar..kami pohon keampunan dari Mu..

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur dapat mengenali Kak Siti Rokiah. Hakikatnya kami tidak pernah bersembang dalam tempoh yang panjang tetapi mungkin inilah yang dikatakan rahmat daripada Allah SWT hati Ustazah terpaut mengikuti perkembangannya. Mungkin bahagia melihat kegigihannya dalam bidang perniagaan dan berblog selain sifatnya yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.

Kini dikhabarkan beliau akan menjalani operation kerana ada sedikit masalah kesihatan, Maka dikejauhan ini Ustazah sentiasa menitipkan doa agar Allah SWT memudahkan segala urusannya, tabah menghadapi ujian, diberi kesembuhan dengan segera dan redha dengan sesuatu yang Allah SWT tetapkan.

Yakinlah dengan rahmat Allah SWT dan pasti ramai insan yang menyayangi Kak Siti Rokiah sentiasa mendoakan kesejahteraannya.









Isnin, 2 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Maksud Firman Allah SWT  di dalam surah Ar- Ra'd ayat 28 perlu kita yakini yang mana hati akan beroleh ketenangan dengan mengingati atau berzikir kepada Allah SWT.

Mulakan dengan langkah pertama dan sentiasa lazimi berzikir mengingati Allah pasti Allah SWT akan memberikan kita nikmat ketenangan dan kebahagiaan. Punca utama kita tidak bahagia adalah kerana dosa yang kita lakukan.Zikir umpama pencuci bagi dosa dan hati  yang selama ini dibiarkan tanpa makanan rohani.

Zikirullah ibarat baja bagi hati. Ia penyubur dan penguat dalaman seseorang sehingga sebarang masalah dapat di atasi dengan mudah. Allah bersamanya sentiasa ! Sebaliknya, hati yang lupakan Allah akan melalui apa yang difirmankan oleh Allah, " Dan barang siapa yang menjauhi daripada mengingati-Ku maka baginya kehidupan yang sukar..." Surah Toha ayat 124.

                                             





Bismillah dan Assalamualaikum..

In sha Allah rezeki kita tetap ada berikutan kenaikan harga minya ron95 yang akan naik 20 sen mulai 3 September 2013 jam 12.01 pagi.



Bismillah dan Assalamualikum

Alhamdulillah jika khabar daripada FB ini satu kebenaran yang bersumber daripada Utusan online.


Bismillah dan Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada masa kini jika kita mahu melihat sesuatu tempat, tidak perlu pergi baru boleh melihat tempat tersebut.Cukup andai ada kenalan yang pernah pergi melawat tempat tersebut atau Google image kita sudah boleh berkongsi kebahagiaan malah terbayang- bayang sendirian andai diri berada di sana.

Terima kasih pada Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang kini tinggal di Madinah dan menjadi pensyarah di Universiti At- Taybah. Beliau banyak mengupload gambar dan menulis betapa nikmatnya tinggal di sana. Satu nikmat untuk insan yang terpilih.

Cukup sekadar gambar Ustazah sudah mengalirkan air mata kerana dek terlalu teringin untuk ke sana..terlalu ..terlalu..apabila ada sahabat bertanya apa yang Ustazah mahukan..pasti jawapan Ustazah mahu ke Makkah dan Madinah.

Hari ini Prof mengambil gambar di Raudhah dan di pos di FB yang mana suasana agak legang dan peluang begitu terbuka untuk jemaah wanita melakukan ibadah di situ..

Hati terus memanjatkan doa lantas menitis air mata kerinduan yang tidak bertepi...


Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah andai kita terpilih antara orang yang bersikap pemurah tetapi perlu berhati-hati dengan setiap amalan semoga tidak menjadi orang yang berbangga malah merasakan diri kita adalah terbaik.

Dalam satu kisah diceritakan Sayidina Ali bin Abi Thalib membeli sebiji buah delima buat penawar isterinya yang tercinta, Sayidatina Fatimah yang jatuh sakit dan sangat ingin makan buah delima. Ketika perjalanan pulang, beliau bertemu seorang tua yang sedang sakit yang juga telalu ingin makan buah delima.

Mengingatkan pesan Nabi agar tidak menolak permintaan orang yang memerlukan, akhirnya Sayidina Ali memberikan buah delima tersebut kepada lelaki tua itu.

Menerima sumbangan ipad mini..yang memberi memang murah rezekinya

Sampai di rumah, Sayidina Ali menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Beliau amat berharap agar isterinya memahami. Kata Fatimah, “ Wahai suamiku, mengapa engkau bersedih, demi Allah ketika engkau memberikan buah delima itu, aku berasa puas dan lenyap keinginanku kepada buah delima”.

Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Rupa-rupanya Salman Al-Farisi datang membawa sebuah bekas tertutup dan berkata, “ Aku menghantarnya untukmu daripada Allah melalui perantaraan Rasulullah SAW”.

Sayidina Ali membuka penutupnya dan melihat di dalamnya ada Sembilan biji buah delima. Beliau bertanya segera, “ Wahai Salman, jika ini memang daripada Allah untukku, pasti jumlahnya sepuluh ”, sambil membacakan firman Allah : “ Barang siapa membuat amal yang baik, maka baginya ( Pahala ) sepuluh kali ganda amalnya.” ( al-An`am 6:160)

Salman terus tertawa sambil mengembalikan sebiji buah delima yang ada di tangannya lalu berkata ; “Wahai Ali, demi Allah aku hanya sekadar menguji sejauh mana keyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi ”.

Beginilah antara teladan terbaik daripada insan pilihan Allah SWT yang misi hidup mereka sentiasa ingin memberikan yang terbaik sama ada kepada Allah atau sesama manusia.


Semoga kita dapat mengamalkan salah satu Sunnah Rasulullah iaitu bersedekah yang mana dapat memadamkan api neraka, menghapuskan dosa-dosa, keluarga bahagia, rezeki semakin bertambah malah pelbagai lagi manfaatnya untuk kita di dunia dan di akhirat.


Ahad, 1 September 2013

Bismillah dan Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur hari ini kuih tradisional berasaskan ubi kayu Ustazah mendapat tempat pertama dan kedua. Ustazah hantar 2 penyertaan yang mana satu nama Ustazah letakkan nama bonda mertua.

Pertandingan ini adalah anjuran sempena Program Sekolah Pintar TM di SMK Munshi Abdullah. Sengaja mahu mencuba, inilah kali pertama Ustazah memasuki pertandingan melibatkan masakan.

Ustazah menghantar Talam Boko Ubi Kayu dan yang menggunakan nama bonda mertua Talam Ubi Kayu Merdeka 56. Tempat pertama mendapat RM100 dan tempat kedua RM70.

Rasa berbaloi walau letih dan badan seperti tidak sihat. Ok mahu bersedia dengan perancangan untuk ke sekolah esok.

Semoga rezeki kita sentiasa bertambah malah lebih penting ada keberkatannya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim