Rabu, 21 Ogos 2013

 7:13 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah dan syukur dapat kepercayaan menerima tempahan kek untuk majlis perkahwinan anak Puan Asiah setinggi 2 tingkat. Sedaya upaya Ustazah sudah menolak lantaran kek tidaklah secantik dan setanding di kedai, dek kerana dipaksa maka Ustazah terima jua tempahan dan siap berpesan terimalah apa jua wajah kek itu nanti.

Alhamdulillah kek ini sedap dan padat berbanding kek coklat yang lain kerana tidak menggunakan baking powder. Terima kasih atas sumbangan resepi daripada Cik Maria Halidi..ramai kawan di sekolah yang memuji kesedaran kek Cik Maria ini, itu yang menyebabkan Ustazah pun teringin untuk mencuba kek tersebut. Cuma Ustazah tambahkan dengan cream cheese sahaja untuk kelainan.

Baiklah, untuk perkongsian resepi sila rujuk resepi di bawah:

Kek Coklat Cheese Moist Padat

Bahan A
4 Biji telur
1 Cawan gula halus

Pukul bahan di atas hingga agak kembang sedikit.

Bahan B
1 cawan koko Powder
1 1/2 cawan tepung kek
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat manis

Ayak tepung dan koko powder dan campurkan dengan telur dan gula yang telah dipukul.Masukkan susu dan minyak serta gaul sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Bahan C
250gm cream cheese
100gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese dengan gula, kemudian masukkan telur dan tepung gandum pukul hingga gebu.


Kukus adunan coklat pertama selama 20 minit. Kemudian lapiskan dengan bahan C selama 20 minit juga. Kemudian lapiskan adunan coklat yang kedua hingga masak selama 30 minit.Kek ini agak lama untuk masak berbanding kek coklat Moist yang menggunakan baking Powder so bersabar in sha Allah hasilnya memuaskan.

Krim kek

250gm krimwell
125gm gula castor

Pukul krimwell hingga gebu dan kembang menggunakan kelajuan yang tinggi,baru masukkan gula castor gaul sebati menggunakan spatula sahaja.




4 ulasan:

  1. salam ustazah..kek choc chesse tu da bberapa kali m3h buat..mmg sedap sgt. btw..kek yg last tu menarik sungguh dekonya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah anak2 dan rakan2 pun suka kek ini. masih perlu banyak belajar lagi untuk mendeko m3h

    BalasPadam
  3. memang nampak padat.. mesti sedap kan..
    kek pengantin pun menarik.. waaahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye padat macam kek bantat tapi alhamdulillah ok umph!..itu lah hasil kek yang mampu Ustazah buat

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim