Khamis, 22 Ogos 2013

 12:33 PG         7 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah sempat sebelum tidur membelek foto-foto di FB dan tertarik pada satu foto yang dihadiahkan oleh pelajar sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2013 yang lepas.

Syukur pada Allah SWT, pada sambutan kali ini pelajar ada membuat undian mengikut kategori seperti guru paling kemas, paling murah senyuman, paling prihatin dan lain- lain lagi. Apabila setiap kategori yang disebutkan, satu nama Ustazah langsung tidak tersenarai. Mula bermuhasabah diri banyak kekurangan.

Telefon asyik berbunyi nada sms mengucapkan selamat Hari Guru bertalu- talu. Tibalah saat anugerah terakhir iaitu anugerah guru paling popular diumumkan. Terkejut Ustazah tercalon hanya ada 2 nama sahaja. Syukur Ustazah yang mendapat anugerah itu.

Terima kasih untuk anak murid yang sudi memilih Ustazah.Kalian sentiasa ada dalam doa Ustazah agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Hati berbisik..bagaimana pula kedudukan diri di sisi Allah SWT ... popularkah?



7 ulasan:

  1. takde siapa boleh lawan anugerah ni. memang dah jangka kak Ain yang menang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ..tahniah juga untuk Laili yang mendapat anugerah guru paling kemas.

      Padam
  2. alhamdulillah dan tahniah uztazah. rezeki dariNya tetap ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Denaihati lagi popular..ye betul tu

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. walau telat, namun tidak ada salahnya untuk mengucapkan selamat... Semoga ini menjadi tambahan motivasi untuk menjadi lebih baik lagi

    BalasPadam
  4. Tahniah.. Thn ni sy x mng apa2 anugerah.. Hdiah pun blh la..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim