Isnin, 26 Ogos 2013

 5:30 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamulaikum.

Alhamdulillah pada Ahad semalam dapat menghantar anak bongsu ke Program Alam Ria PASTI kawasan Sabak Bernam. Hamka terpilih untuk mewakili acara nasyid. Banyak juga acara yang dipertandingkan antaranya hafazan Al-Quran, azan, bersajak, pidato, bercerita dan nasyid.

Seronok melihat gelagat anak-anak dan ragam ibubapa yang mahu melihat anak mereka melakukan persembahan. Kagum dengan semangat guru- guru melatih kanak- kanak mengikut acara yang dipertandingkan. Ibu bapa pula sibuk merakam aksi-aksi persembahan hingga penonton susah mahu menonton. Ada ibu bapa yang menitiskan air mata gembira malah tidak menyangka anaknya boleh menghafaz dengan baik dan melaungkan azan walau mereka baru berusia 5 - 6 tahun malah berpidato serta bercerita dengan fasih dan lancar.

Tahniah diucapkan kepada PASTI Luqmanul Hakim sekolah Hamka yang berjaya menguasai pertandingan di setiap acara yang dipertandingkan.

















4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, seronoknya tengok ni. Anak saya pun belajar di PASTI juga, di PASTI Al-Munir Kuala Selangor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best sekolahkan anak di Pasti banyak aktiviti hingga peringkat kebangsaan.

      Padam
  2. seronoknya Hamka pergi sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meragam juga sebab terlalu lama tunggu giliran..ini di sekolah PASTI Batu 38

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim