Isnin, 1 Julai 2013

 10:01 PG         5 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga pembaca blog ini dalam situasi yang ceria, bahagia dan dilindungi Allah SWT selalu. Kali ini Ustazah mahu cerita berkaitan cendol free yang Ustazah dapat ketika minum cendol di warung Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor.

Setelah selesai, Ustazah ke kaunter dan menyatakan yang Ustazah minum cendol biasa 5 mangkuk dan laksa pun 5 mangkuk juga. Alhamdulillah tanpa disangka chasier menyatakan yang cendol biasa pada hari ini free dan hanya perlu bayar untuk laksa sahaja. Lantas Ustazah mengucapkan terima kasih dan semoga rezeki pemilik warung ini semakin murah. Ustazah tahu juga sedikit sebanyak latar belakang pemilik warung ini yang memulakan perniagaan hasil duit zakat. Syukur nampaknya ia cuba mengaplikasikan konsep sedekah kepada orang lain dan ada laporan menyatakan keuntungannya mencecah RM10 000 sebulan.

Selain itu, Ustazah juga dikehendaki menulis nama pada satu buku untuk cabutan bertuah. Bijak dan kreatif idea mereka untuk menarik hati pelanggan dan berkongsi kegembiraan selain cuba bersedekah.

Apa lagi, bagi sesiapa yang ada melalui jalan daripada Teluk Intan, Sabak Bernam menuju ke Klang dan Kuala Lumpur bolehlah singgah di warung cendol ini.












5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bulan puasa ni mcm2 air ada x tau nak pilih

      Padam
  2. waaaahh... dapat free.. seronoknya.. memang kalau lalu situ, laku aje.. penuh orang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada hari tertentu agaknya

      Padam
  3. m3h suka cendol pulut..lme x mkn..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim