Isnin, 1 Julai 2013

 10:06 PTG         5 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat juga menyiapkan biskut kegemaran anak-anak murid di sekolah. Sudah lama tidak membuat biskut ini dek kerana urusan sekolah dan kadang-kadang memenuhi tempahan kuih dan kek dari rakan-rakan. Simpanan resepi pun sudah lupa letak di mana, mohon maaf pada anak murid yang meminta resepi biskut ini, tidak berapa yakin itu yang Ustazah sanggup buat dahulu betul atau tidak .Alhamdulillah walau ingat-ingat lupa, betul resepinya kerana amat mudah dan ringkas.

Baiklah resepinya ialah

Bahan A
1 tin susu pekat manis
1 cawan koko Powder
1 cawan kelapa kelapa kering
2 sudu planta

Bahan B
200gm biskut butang
250gm coklat rice

Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan A
2. Masak menggunakan api kecil sehingga adunan pekat hingga apabila diangkat dengan senduk susah untuk jatuh supaya mudah ketika sesi membulatkan nanti.
3. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Gunakan sarung tangan plastik, bulatkan adunan kecil- kecil dan isikan dengan biskut butang serta golekkan di atas coklat rice.
5. Siap untuk dihidang atau bagi sesiapa yang mahu menjualnya bolehlah dipaking menggunakan cup cake 7 biji RM 2 atau plastik berbunga dengan harga 4 biji RM 1.





5 ulasan:

  1. salam ustazah ain..lme m3h x singgah cni... biskut coklat rice tu nmpak sedap&menarik..nk membuatnya pun senang,x payah guna oven,,tq share resepi..boleh cuba buat nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut ini memang mudah dan kanak@remaja memang suka

      Padam
  2. assalam...ustazah,kenapa ye sy buat jadi cair?..adunan nya x boleh dijadikan doh..apa yg kurang?

    BalasPadam
  3. Wslm Fara..kasihannya, Fara bole masak semula.Itu mesti berpunca daripada kurang lama mengacau di atas api. kalau dulu ada jenis susu pekat jenama completa, susu tu memang mudah pekat. Kacau lama sikit hingga tidak jatuh dari senduk baru matikan api dan pindahkan ke tupperware untuk disejukkan..

    BalasPadam
  4. Guna kelapa parut tu ka ustazah???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim