Rabu, 17 Julai 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga bersama kita amalkan

Selasa, 16 Julai 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih berada di bulan penuh kebetkatan Ramadhan Al- Mubarak. Semoga Allah swt menguniakan kita semangat juang yang tinggi untuk terus beribadah kepad- Nya.

Ustazah mahu kurus? Ya kerana rasa sungguh tidak selesa dengan berat badan yang semakin bertambah.Mudah terasa penat dan paling membimbangkan takut dihidapi sesuatu penyakit walaupun setakat ini tiada sebarang masalah kesihatan.

Apabila nikmat kesihatan sedikit- sedikit ditarik baru kita tahu sebuah nikmat kesihatan.

Langkah yang perlu yang perlu Ustazah ambil ialah :

1. Mendapatkan maklumat dan ilmu berkaitan penurunan berat badan.
2. Mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
3. Melakukan aktiviti senaman kardio yang pelbagai.
4. Mendapatkan sokongan keluarga dan rakan.
5. Merujuk kepada pemakanan sunnah Nabi.
6. Sepertinya mahu berazam mengamalkan puasa Nabi Daud.

Perlu azam dan tekad..harap beri sokongan ye sahabat2 sekalian.

Isnin, 1 Julai 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat juga menyiapkan biskut kegemaran anak-anak murid di sekolah. Sudah lama tidak membuat biskut ini dek kerana urusan sekolah dan kadang-kadang memenuhi tempahan kuih dan kek dari rakan-rakan. Simpanan resepi pun sudah lupa letak di mana, mohon maaf pada anak murid yang meminta resepi biskut ini, tidak berapa yakin itu yang Ustazah sanggup buat dahulu betul atau tidak .Alhamdulillah walau ingat-ingat lupa, betul resepinya kerana amat mudah dan ringkas.

Baiklah resepinya ialah

Bahan A
1 tin susu pekat manis
1 cawan koko Powder
1 cawan kelapa kelapa kering
2 sudu planta

Bahan B
200gm biskut butang
250gm coklat rice

Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan A
2. Masak menggunakan api kecil sehingga adunan pekat hingga apabila diangkat dengan senduk susah untuk jatuh supaya mudah ketika sesi membulatkan nanti.
3. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Gunakan sarung tangan plastik, bulatkan adunan kecil- kecil dan isikan dengan biskut butang serta golekkan di atas coklat rice.
5. Siap untuk dihidang atau bagi sesiapa yang mahu menjualnya bolehlah dipaking menggunakan cup cake 7 biji RM 2 atau plastik berbunga dengan harga 4 biji RM 1.





Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga pembaca blog ini dalam situasi yang ceria, bahagia dan dilindungi Allah SWT selalu. Kali ini Ustazah mahu cerita berkaitan cendol free yang Ustazah dapat ketika minum cendol di warung Cendol Durian Borhan di Kuala Selangor.

Setelah selesai, Ustazah ke kaunter dan menyatakan yang Ustazah minum cendol biasa 5 mangkuk dan laksa pun 5 mangkuk juga. Alhamdulillah tanpa disangka chasier menyatakan yang cendol biasa pada hari ini free dan hanya perlu bayar untuk laksa sahaja. Lantas Ustazah mengucapkan terima kasih dan semoga rezeki pemilik warung ini semakin murah. Ustazah tahu juga sedikit sebanyak latar belakang pemilik warung ini yang memulakan perniagaan hasil duit zakat. Syukur nampaknya ia cuba mengaplikasikan konsep sedekah kepada orang lain dan ada laporan menyatakan keuntungannya mencecah RM10 000 sebulan.

Selain itu, Ustazah juga dikehendaki menulis nama pada satu buku untuk cabutan bertuah. Bijak dan kreatif idea mereka untuk menarik hati pelanggan dan berkongsi kegembiraan selain cuba bersedekah.

Apa lagi, bagi sesiapa yang ada melalui jalan daripada Teluk Intan, Sabak Bernam menuju ke Klang dan Kuala Lumpur bolehlah singgah di warung cendol ini.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim