Isnin, 10 Jun 2013

 8:36 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga diri ini dan sahabat- sahabat sentiasa berusaha mengingati Allah SWT setiap detik dn ketika.

Ustazah sering menggunakan tasbih sebagai Alat Bantuan Ingat Allah SWT..kita letakkan di stereng kereta dan bolehlah bertasbih ketika memandu, di tempat selalu kita solat dan di tempat tidur iaitu di tepi katil. Mudah digunakan dan selalunya tasbih ini adalah hadiah pemberian daripada mereka yang baru pulang dari kota Mekah dan Madinah..mengalir pahala untuk mereka yang memberi hadiah untuk kita.

Berzikir mengingati Allah SWT akan memberi kesan yang sangat mendalam pada individu yang mengamalkannya. Pada peringkat awal seperti tidak ada apa-apa tetapi setelah diamalkan hati akan tenteram, tenang, bahagia dan mudah menerima segala ketentuan Allah SWT kepada kita.

Apa lagi sahabat..gunakanlah Alat Bantu Ingat Allah di mana jua kita berada supaya Allah sentiasa di hati.



4 ulasan:

  1. betul tu ustazah, pengalaman semasa saya di rawat di hospital baru2 ni, banyak hal yang nurse kata sukar atau sakit tapi bibir akak sentiasa berzikir dan terus berserah kepada Allah SWT, alhamdulillah segalanya menjadi lancar dan kesakitan yang dijangka menjadi biasa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah ..smG kita terpilih antara yang sentiasa berzikir, bertasbih mengingati Allah SWT ye kak

      Padam
  2. alat yang boleh kita bawa kemana-mana supaya kita sentiasa dekat dengan Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..sebenarnya sempat sgt utk puji allah swt sebab sebutannya pendek2 tapi fadhilatnys sgt besar

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim