Jumaat, 28 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak yang semakin membesar tentu tidak terlepas daripada memotongkan kuku anak- anak kerana mereka belum menguasai kemahiran itu.

Apabila ustazah selidiki rupa- rupanya ada cara potong kuku ikut sunnah Nabi. Nilai ini kita perlu amalkan dan terapkan pada diri anak- anak supaya apabila mereka sudah memiliki kemahiran memotong kuku, mereka dapat mengikuti sunnah Nabi. Rasulullah juga amat berpesan pada kita supaya kita kasih akan dirinya dengan mengikuti sunnahnya. Sambil memotong kuku kita pun berceritalah pada mereka tentang kelebihan mengikut sunnah Nabi biar kecintaannya pada Nabi tertanam dan menebal.

Sila rujuk gambar di bawah untuk tatacara memotong kuku ikut sunnah Nabi.

Khamis, 27 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi ini bergegas ke klinik untuk mendapat rawatan dan sementara menunggu giliran sempat minum pagi di sebuah warung. Perlu sarapan agar sakit perut berkurangan dan boleh makan ubat.

Ustazah duduk di bawah pokok besar. Subhanallah cantik, redup dan rendang pokok tersebut. Lantas ikhtibar ustazah ambil sebagai manusia biarlah orang lain boleh menumpang teduh dan berlindung, selesa melihat diri kita, memberi kesejukan hati pada yang memandang dan alangkah bahagianya apabila ada orang lain sudi ambil gambar kita macam ustazah tertarik dengan pokok itu lantas snap gambarnya.

Hati terus menerus memuji dan beristigfar kepada Allah SWT.

Selesai makan dan minum mahu membayar makanan dan pemilik warung menyatakan Ustazah punya makanan sudah berbayar.Subhanallah siapa pula yang belanja sarapan ni? Mata liar mencari siapa kenalan yang ada di warung ini. Rupa- rupanya kawan lama Cikgu Fathulhanif yang kini sedang berkhidmat di PPD Sabak Bernam suami kepada Puan Hamadatinur. Berteguran dan mengucapkan terima dan didoakan semoga semakin murah rezekinya.

Alhamdulillah melihat pokok besar dan terjumpa pula kawan yang memiliki sebahagian daripada ikhtibar yang ustazah ambil..sungguh Allah Maha Besar.


Rabu, 26 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah bila sudah malam begini sering teringat pada keluarga, sahabat, anak murid dan orang yang banyak buat baik kepada Ustazah.

Malam ini terasa rindu pada Cik Ra pula pemilik  blog Qasehimanie tentu dia sedang berbahagia di Kota Mekah mengerjakan umrah. Apa dalam fikiran Ustazah ingat ke tidak Cik Ra pada Ustazah di sini. Ustazah harap dan berdoa agar Cik Ra dapat melaksanakan ibadah dengan baik di sana.Gunakanlah waktu dan peluang berada di sana untuk beramal ibadah sehabis baik.

Sempat dia menghubungi Ustazah sebelum berangkat dan Ustazah ada beri sedikit kek coklat. Alhamdulillah Allah SWT      mudahkan segala urusannya ke sana setelah tertangguh hampir 3 minggu. 

Ramainya ahli keluarga dan sahabat handai yang berpeluang menunaikan umrah pada tahun ini. Tidak mengapa peluang kita akan datang jua nanti in sha Allah.

Semoga Cik Ra sihat di sana dan selamat kembali ke Malaysia dengan memperolehi umrah yang mabrur in sha Allah.




Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT

Maha Mendengarnya Allah SWT terhadap doa yang dipanjatkan oleh hambaNya yang bermohon
agar hujan diturunkan bagi meredakan jerebu yang melanda di negara kita.

Ustazah yakin ramai yang melakukan solat hajat minta hujan dan sekarang Allah SWT sudah kabulkan..gembiranya hati.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Pada petang ini hujan turun selebat- lebatnya di kampung Ustazah Kampung Banting Sabak Bernam.

Ayuh! Berdoalah selalu bergantung pada Allah SWT dalam segala urusan dan jangan lupa setelah dikabulkan doa bersyukurlah.

Love you ya Allah



Bismillah dan Assalamualaikum





Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga diketahui penempatan guru baharu PPPS DG41 bagi graduan IPTA dan IPGM mulai 
25 Jun 2013.

Sila klik link di bawah untuk semakan :

Tahniah ! tidak kira di mana anda diposting terima dengan redha itu yang terbaik.

 

Jumaat, 21 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah sempat juga Ustazah buatkan kek hari jadi untuk anak yang kedua Hafsah Hafizah yang genap umurnya 9 tahun pada 15.05.2013 yang lalu.

Emak minta maaf sangat pada Ijah kerana agak lewat buatkan kek hari jadi . Maklumlah pada sambutan hari jadi Ijah pada masa itu emak ada menerima tempahan kek 5 biji dan ditambah ada mesyuarat pula selepas waktu persekolahan.

Sejuk hati emak bila Ijah kata " tak apa mak, Ijah faham mak sibuk, malah pada hari jadi mak pun Ijah tak ada beri mak apa2 melainkan kad2 ucapan yang kami hasilkan adik beradik , jika mak tak buatkan pun tak apa "

Emak berbangga ada anak seperti Ijah yang begitu prihatin pada emak dan adik-adik. Ijah sudah pandai masak nasi, kemas rumah, mengaji pun sudah lancar dan solat lima waktu Ijah dapat tunaikan dengan baik. Apatah lagi bila selepas solat emak dengar Ijah doakan emak dan arwah Apak..emak sayang Ijah. Ijah jugalah yang selalu menemankan emak tidur di waktu malam..kita bergurau, ketawa dan main candy crush bersama.

Paling emak tak boleh lupa Ijah selalu kata bila sekolah menengah nanti, Ijah tidak mahu tinggal di asrama kerana mahu temankan emak..mak terharu sebenarnya betapa Ijah sayangkan emak..malah bila Ijah sudah berkahwin nanti pun mahu bina rumah sebelah rumah mak sahaja.

Emak sentiasa doakan yang terbaik untuk Ijah, semoga cita2 Ijah untuk menjadi guru Bahasa Arab akan tercapai suatu hari nanti, menjadi anak yang solehah serta bahagia dunia akhirat..

Ok semoga Ijah berpuas hati dengan KEK TIRAMISU yang emak hasilkan dengan penuh kasih sayang...







Rabu, 19 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualikum.

Alhamdulillah genap usia 7 tahun anak yang ketiga Mumtazah. Di doakan semoga menjadi anak yang solehah bahagia dunia akhirat.

Tiga biji kek kali ini, 2 biji semasa kenduri arwah suami dan sebiji lagi hari ini.



Isnin, 17 Jun 2013


Bismillah dan Assalamualaikum


Aplikasi Semakan Dalam Talian ini disediakan untuk para pelajar lepasan SPM bagi mengetahui status tawaran kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia 2013.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui status permohonan anda :


Tahniah Ustazah ucapkan bagi yang berjaya.



Ahad, 16 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum..

Alhamdulillah berdasarkan Kalendar Aktiviti Permohonan ke IPG mulai 17 Jun 2013 semakan calon berjaya ke IPG akan diketahui.

Semakan boleh dilakukan dengan melayari laman web KPM



Kredit Foto ;BeritaInstitutPendidikanGuru
Baiklah Ustazah doakan semoga calon yang memohon akan beroleh kejayaan.

Jumaat, 14 Jun 2013

Bismillah dan Assalamulaikum

Semoga anak- anak murid ustazah sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM 2013 dengan mengulangkaji, membuat latihan, berbincang bersama guru dan rakan serta menjalani tuisyen. Jangan dilupa solat wajib ditunaikan dan berdoalah selalu agar kejayaan akan kita perolehi.

Baiklah Ustazah sertakan jadual waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia 2013 sebagai rujukan ibu bapa dan murid-murid serta guru.








Boleh klik link di bawah untuk print jadual tersebut


Selamat menjalani peperiksaan dengan taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.
Bismillah dan Assalamualaikum

Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports Academy.


Kumpulan Sasaran:-
  • Guru-guru di bawah umur 50 tahun pada tahun ambilan, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
  • Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama oleh SPP
  • Tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian/kursus dengan mana-mana institusi sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
  • Memperoleh purata markah LNPT yang baik bagi tiga tahun terkini serta disokong oleh Ketua Jabatan
  • Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri
  • Bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib
  • PPP di Institut Pendidikan Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah
Matlamat dan Objektif:-
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
  • Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan.
Tempoh kursus adalah selama 50 hari dengan 400 jam berkursus. Setiap peserta wajib lulus semua tugasan dan penilaian untuk bergraduat.

Tatacara permohonan
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/Kdp2013/login.cfm atau menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Masing-masing
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 13 Jun 2013 sehingga 27 Jun 2013
  3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan dan diserahkan kepada JPN masing-masing.
  4. Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik, Jadual Waktu 2011 - 2013, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 Tahun berturut-turut dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan seperti dalam senarai semak.
  5. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum 1 Julai 2013 JPN
Untuk maklumat lebih terperinci sila klik laman web berikut :


Khamis, 13 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2013/2014 sudah boleh dilakukan mulai 13 Jun 2013.
 

Sila klik pautan berikut untuk menyemak status rayuan yang telah kita pohon :


Saluran 2 : Selatan : http://www.jpt.utm.my/

Saluran 3 : Utara : http://www.jpt.uum.edu.my/


Saluran 5 : Sarawak : https://jpt.unimas.my

Semakan secara SMS juga boleh dilakukan dengan menaip UPU RESULT [nok/p] dan hantar ke 15888
Bismillah dan Assalamualaikum

Subhanallah Allah telah menciptakan setiap individu dengan dikurniakan perasaan. Ada kala kita gembira, bahagia dan mampu tersenyum malah ketawa..tetapi kadangkala perasaan berubah menjadi sedih, celaru, tidak tenang malah gelisah disebabkan sesuatu perkara.

Ustazah sendiri tidak lari daripada perasaan -perasan di atas, apabila ia berlaku cuba kita renung kembali apa yang telah kita lakukan. Lantas jangan berlengah memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kali ini cuba didik diri secara berdisiplin mencari ketenangan jiwa dengan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah sekurang-kurangnya 1 helai sehari jika terlalu sibuk. Ini adalah ubat paling mujarab bagi jiwa yang gelisah...tidak percaya? Kita perlu yakin dengan kalam mukjizat agung ini. Baca hari demi hari pasti akan terkesan dijiwa..

Jadikanlah Al-Quran sebagai teman di mana jua kita berada..kini perisian Al-Quran di telefon bimbit telah tersedia..lihat dan bacalah..dengan melihat sahaja sudah mendapat pahala apatah lagi membacanya yang akan meleburkan tompok-tompok hitam di hati lantas ketenangan pasti akan kita perolehi.

Janganlah kita menjadi orang yang bila sedih baru baru hendak membaca Al-Quran..sama- sama kita tidak mengira situasi keadaan diri sentiasa inginkan membaca Al-Quran..

Semoga beroleh ketenangan jiwa yang diinginkan..jalan sudah ada mari kita lalui..




Rabu, 12 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualikum..

Iqra' ..ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT


Selasa, 11 Jun 2013

 Bismillah dan Assalamualaikum
Alhamdulillah semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kerahmatan dan ketenangan kepada semua pasangan suami isteri.

Sama-sama  elakkan 8 perkara ini daripada terjadi pada keluarga yang kita bina supaya terhindar daripada keruntuhan :

1- إبراز العيوب وإغفال المزايا
Mencari-cari kelemahan dan melupakan Kelebihan dan kebaikan.

2-عقد المقارنات
Selalu Membuat perbandingan dengan orang org lain.

3- السكوت على المشاكل
Membiarkan masalah tanpa diselesaikan.

4- الاستهزاء وجرح المشاعر
Selalu memperendahkan pasangan dan melukakan perasaan.

5-الانشغال الدائم
Sebuk manjang.

6-التثبيط وعدم التقدير
Kecewa dan kurangnya penghargaan.

7-الغيرة الشديدة
Terlampau cemburu,sangka buruk(su'uz Zon).

8-التسلط
Diktator, tak boleh nak berbincang...

[Syukran: Mohd Sobri - 10 Jun 2013]
Sumber: http://islamstory.com/ar/معاول-لهدم-الحياة-الزوجية
Bismillah dan Assalamualaikum.

Subhanallah..dalam dunia ini siapa sahaja yang tidak mahu murah rezeki. Beruntunglah bagi mereka yang murah rezeki. Sihat tubuh badan, keluarga bahagia walau rumah dan kereta tidak sebesar yang orang lain, mudah belajar,ramai kawan dan macam-macam lagi rezeki. Tetapi Rasulullah lebih mementingkan kita kaya jiwa berbanding kaya harta.

Antara tips yang ustazah amalkan untuk murah rezeki ialah dengan :

1. Setiap malam membaca surah Al- Waqiah
2. Sedaya upaya tidak meninggalkan solat sunat dhuha
3. Beristigfar sehari 70 kali atau 100 kali
4. Jangan kedekut untuk memberi hadiah, belanja kawan dan bersedekah ikut kemampuan.

Tidak susahkan tips di atas tidak perlu modal malah berpahala dan hati tenang dan yakin dengan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita.

Selain itu jangan lupa rajin baca buku  dan dengar kuliah serta amalkan ilmu yang kita perolehi. Apa kata kita cungkil ilmu 9 FORMULA PANTAS SERU REZEKI. Tidak mahal pun ebook ini cuma RM 30 sahaja. Semoga dapat pengetahuan dan cuba kita amalkan supaya rezeki kita akan bertambah malah diberkati.

Apatah lagi Ramadhan hampir menjengah bila murah rezeki bolehlah kita sedekah lebih sedikit di bulan yang penuh keberkatan ini..masa raya pun bolehlah buat open house

Bismillah dan Assalamulaikum

Syukur KPM memberi peluang lagi bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah untukmelanjutkan pelajaran secara PJJ dan ditanggung sepenuhnya oleh KPM.


Apa lagi.. bagi yang layak memohonlah dan sambung belajar lagi..jangan jadikan usia dan keluarga sebagai satu penghalang sebaliknya jadikan sebagai satu cabaran.

Bagi yang berminat sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut:


Tarikh permohonan bermula :
10 Jun 2013
hingga
14 Julai 2013


Isnin, 10 Jun 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga diri ini dan sahabat- sahabat sentiasa berusaha mengingati Allah SWT setiap detik dn ketika.

Ustazah sering menggunakan tasbih sebagai Alat Bantuan Ingat Allah SWT..kita letakkan di stereng kereta dan bolehlah bertasbih ketika memandu, di tempat selalu kita solat dan di tempat tidur iaitu di tepi katil. Mudah digunakan dan selalunya tasbih ini adalah hadiah pemberian daripada mereka yang baru pulang dari kota Mekah dan Madinah..mengalir pahala untuk mereka yang memberi hadiah untuk kita.

Berzikir mengingati Allah SWT akan memberi kesan yang sangat mendalam pada individu yang mengamalkannya. Pada peringkat awal seperti tidak ada apa-apa tetapi setelah diamalkan hati akan tenteram, tenang, bahagia dan mudah menerima segala ketentuan Allah SWT kepada kita.

Apa lagi sahabat..gunakanlah Alat Bantu Ingat Allah di mana jua kita berada supaya Allah sentiasa di hati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim