Jumaat, 31 Mei 2013

 11:43 PTG         12 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan didoakan semoga para pembaca blog ini sentiasa tenang dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Ketika ini ustazah sedang sibuk menyiapkan tempahan Talam Keladi Enak daripada Cikgu Hasna 3 loyang dan Ustazah Zurina seloyang..pukul berapa agaknya selesai. Sambil menunggu kuih dikukus menyempatkan juga buat entri ini.

Sekali lagi memenuhi permintaan teacher Salwa yang ingin resepi Talam Sri Muka Istimewa yang katanya ingin mencuba membuat sendiri untuk suaminya yang tercinta di musim cuti sekolah ini.

Baiklah bagi sesiapa yang berminat dengan kuih ini sila rujuk resepi di bawah :

Tempahan daripada sahabat Cikgu Hasna


Bahan lapisan bawah :
600 gm pulut 
300 gm santan pekat
300 gm air
secubit garam

Cara membuatnya:
-Rendam pulut selama 4 jam
-Sediakan loyang saiz 11 inci dan oleskan minyak kemudian letakkan plastik.
- Ratakan pulut , masukkan santan pekat dan air serta sebatikan garam.
- Kukus selama 30 minit.
- Setelah masak, tekan pulut menggunakan senduk atau alat penekan dengan kuat sehingga padat bagi  mengelakkan lapisan atas  menggelembung.

Bahan lapisan atas :
300gm gula pasir 
70 gm gandum 
90 gm kastad
6 biji telur
400 gm santan
400 ml air pandan (10 helai daun pandan diblender)
Sedikit pewarna hijau
1/2 sudu air kapur 

Cara membuatnya:
- Satukan semua bahan di atas kemudian tapis.
- Wapkan adunan atas api kecil sehingga agak pekat sedikit dan sentiasa dikacau.
- Tuangkan adunan ke lapisan bawah.
- Kukus selama 30 minit dengan dibuka tutup kukusan setiap 10 minit untuk mengelakkan air wap menitik ke atas lapisan atas.
- Setelah masak, biarkan seketika di dalam kukusan tanpa penutup yang belum dimatikan api untuk memastikan lapisan atas kering dan tidak berair.
- Potong kuih setelah sejuk.

Selamat mencuba in sha Allah menjadi..





12 ulasan:

  1. cik tom penah share resepi talam keladi dlm blog...mmg best kuih talam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah mmg sedap cik tom

      Padam
  2. tkasih k ain, he3, t kalau sy bt sy bgtau akak ye...teruja bc entri ni,

    BalasPadam
  3. suka makan kuih tue ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau seri muka senang nak dapat berbanding talam keladi kan fyna

      Padam
  4. aduiiii ustazah nampak sedap sangat, saya bagi resepi pun mmg tak rajin buat cuma rajin makan jer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih yg berpotong saya tak ada kak.. Ini semua kuih orang Order, utk makan sendiri banyak sangat

      Padam
  5. saya memang penggemar kuih talam ni, syukurlah kakak tu macam ustazah serba serbi boleh, so terasa nak makan order je heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emm..kelebihan kita masing2 dan saling lengkap melengkapi

      Padam
  6. Buat minum petang pun okay juga nih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim