Khamis, 2 Mei 2013

 10:21 PTG         11 comments
Bismillah

Assalamualaikum dan didoakan semoga para pembaca di dalam kerahmatan Allah SWT.

Merasa kek yang dihasilkan oleh rakan sejawat Pn. Nor Asmawati sungguh sedap dan cukup lembab walau tanpa disiram dengan coklat ganache. Ustazah pun minta jasa baik padanya supaya berkongsi resepi . Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba kek ini silakan dan sila rujuk resepi di bawah :

Bahan A

3/4 cawan koko Powder
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 kotak kecil susu coklat Dutch Lady ( anggaran secawan )
1 cawan gula perang

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbinat
1 sudu teh baking Powder

Bahan C

3 biji telur gred B

Cara membuatnya :

1. Satukan bahan A hingga sebati dan tak perlu menggunakan mesin pemutar.

2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan A.

3. Pukul telur hingga gebu dan satukan ke semua bahan.

4. Masak sebentar di atas api sederhana hingga terasa suam.

5. Griskan loyang, tuang adunan kek dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit sehingga masak.

Selamat mencuba..in sha Allah jadi.

~ gambar 1 beratnya 2 kg~
~ gambar 2 berstawberry beratnya 1.3 kg ~



11 ulasan:

  1. sedapnye..lme x mkn kek..tq share resepinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah..ringkas dan in sha Allah sedap.

      Padam
  2. Masterchef Ustazah Ain... :)

    BalasPadam
  3. ustazah, mksodnye lpas cmpur kn kesemua bhan a,b dan telur,kne pnas kan atas api la ye??kuantiti bhan2 ni akn dpt kek y sme saiz dlm gmbar ke ustazah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu..kuantiti bahan di atas akan dapat 1kg shj dan jika ditambah dengan coklat ganache akan jadi 1.3kg. Gambar di atas yang bulat itu 2 kg dan yang berstawberry 1.3kg sahaja.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. coklat dan strawberry mesti sodap ni. jangankan anak2, kita pun laju je...heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mejoriti ramai suka kek coklat

      Padam
  6. assalamualaikum ustazah ain,

    nampak menyelerakan kek2 choc nya...

    boleh buat jualan ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole sangat..buatlah isi dalam cup kecik2 pun bole

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim