Khamis, 18 April 2013

 6:40 PTG         1 comment
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2014 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa bagi mengikuti kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Ph.D di IPTA di Dalam dan Luar Negara. Tawaran ini dibuka khusus untuk  Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik 

1. Peringkat Sarjana
2. Peringkat Ph.D

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Permohonan telah dibuka mulai 16-April-2013 hingga 15-Mei-2013. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap,dokumen sokongan yang tidak disahkan atau permohonan yang lewattidak akan dipertimbangkan. 

Perhatian :

1. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan [klik di sini]

2. Hanya pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja boleh membuat permohonan bagi tawaran ini.

3. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sahaja [klik di siniuntuk tatacara permohonan.

4.Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang 'SIMPAN & HANTAR'. Untuk tujuan KEMASKINI PERMOHONAN, pemohon dibenarkan mengemaskini permohonan sehingga 15-Mei-2013 dan menekan sekali lagi butang 'SIMPAN & HANTAR'.

5.Tarikh tutup permohonan adalah pada 15-Mei-2013 , jam 12.00 tengah malam.





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim