Rabu, 3 April 2013

 10:33 PTG         6 comments
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamulaikum dan segala puji bagi Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

1. Semak Daftar Undi

Bersyukur akhirnya Parlimen telah dibubarkan pada hari ini. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan keamanan dan parti politik yang bertanding menggunakan kaedah berkempen dengan cara yang berhemah dan jauhilah daripada fitnah menfitnah. Buat rakyat pilihlah pemimpin yang boleh menengakkan syariat Allah SWT..setiap undi kita pasti akan dipertanggungjawabkan. 

Sila semak di link ini : Semakan Daftar Undi PRU13



2. Semak keputusan Ujian Prestasi 1 Anak.

Peperiksaan sudah lepas hampir sebulan dan agak dukacita terdapat 1 mata pelajaran anak yang begitu merosot. Setiap kali balik sekolah tanya sudah dapat keputusan belum? Akhirnya semak sendiri di laman SAPS dan  anak terkejut macamana boleh tahu..apapun keputusan penuh belum diketahui kerana ada markah mata pelajaran yang belum dimasukkan oleh guru. Tarikh kemasukan akhir markah ialah pada 15 April 2013 ini.

Sila semak di link ini Semakan di SAPS




3. Key in Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS

Tentu guru-guru yang terlibat dengan PBS di sekolah rendah atau sekolah menengah sedang menjalankan tanggungjawab memasukkan PBS anak-anak murid. Bagi ibubapa untuk membuat semakan keputusan PBS setakat ini masih tiada lagi aplikasi semakan secara online. Guru Besar di sekolah anak Ustazah menyatakan jika mahu lihat prestasi anak boleh berjumpa dengan guru kelas anak kita.

 Contoh Keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Semua semakan di atas menimbulkan perasaan yang berbeza-beza.. 

Anda pula bagaimana ?

Ya Allah  permudahkan segala urusan  dan ampunilah kami.

6 ulasan:

  1. semakin mudah hidup sekarang nie... huhuhuhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..anak pun susah nak ngelak skrg drpd ibubapa tentang result exam

      Padam
  2. fuhhh nasib baik dulu tak ada.. hehehe

    BalasPadam
  3. Jom undi pemimpin yang tepat :)

    BalasPadam
  4. Selamat berkempen dan mengundi serta tentukan memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni dan selamat.Kita boleh berperang dalam fahaman politik tapi jangan sampai begaduh sesama rakyat sendiri.Tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Kalau kita kata kita tahu atau pandai, sebenarnya ada lagi yang bijaksana atas dari kita. Langit yang tinggi ada lagi langit diatasnya. Pilihlah Keharmonian sesama rakyat maka datanglah Kesejahteraan sesebuah negara.
    Pesanan dari Kopi Bro Ali, Nikmat Kopi yang menjamin isteri selalu tersenyum.
    http://kopisaleh.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim