Rabu, 24 April 2013

 1:41 PTG         12 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualikum dan Alhamdulillah Allah SWT ada mengurniakan kita zuriat sebagai   saham ibu bapa di dunia malah di akhirat kelak.

Tahniah ! Ahmad Hamka Hakeem kerana hari ini merupakan hari ulang tahun yang ke-5. Anak Ustazah yang bongsu ini terlalu gembira bila tahu kek yang sedang dihasilkan adalah untuk dirinya. Hamka adalah satu-satunya anak tunggal lelaki daripada 4 orang adik beradik.

Harapan dan doa Ustazah semoga Hamka berjaya dan menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya namanya adalah menggambarkan cita2 Ustazah yang mahu ia menjadi seorang ulama seperti Prof. Hamka.

Semoga menjadi anak yang bertanggungjawab mentaati perintah Allah SWT, mengikuti sunnah Nabi Muhammad, menghormati keluarga, mendoakan ayahnya yang telah tiada..mudah mendengar nasihat guru seterusnya berakhlak mulia lantas berjaya dunia dan di akhirat...

Terima kasih dan syukur atas kasih sayang yang dicurahkan kepada Hamka selama ini terutamanya kepada Ibu Mertua dan pengasuhnya serta keluarga yang sentiasa memberi perhatian malah sentiasa bersabar dengan ragamnya..

" Sanah Helwa Ya Hamka "










12 ulasan:

  1. Selamat hari lahir hamka..moga jd ank yg baik,dengar ckp ibu tau..
    hamka sebaya dgn ank m3h yg no 2..lahir bln mac.
    cantik kek tu,byk lolipop,bdk2 mst suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mama3hero...kek tu simple je sebab penat sgt ..

      Padam
  2. S3lmat hari lahir HAMKA...

    BalasPadam
  3. kejap je masa berlalu. rasa baru semalam datang melawat kak Ain & Hamka di hospital. rupanya dah 5 tahun masa berlalu.

    Selamat harijadi Hamka :)

    BalasPadam
  4. Sanah Helwa Ya Hamka... dah 5 tahun yea.. semoga jadi anak yang soleh.. bijak pandai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran acik KID..in sha Allah aameen

      Padam
  5. Sanah helwa Hamka...semoga menjadi anak yang soleh. Bakal menjadi penyelamat kepada ibu dan bapa di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran acik Muezz..sebaya ngan Ijat,

      Padam
  6. selamat hari lahir buat Ahmad Hamka Hakeem, semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh. comelah kek macam ni, ada kelainan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran Uncle Denai Hati..Sanah Helwa jg utk uncle

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim