Jumaat, 19 April 2013

 3:24 PTG         No comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Berikut adalah makluman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Sila klik dilink di bawah untuk memahami prosedur permohonan secara online.





PENGENALAN

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN 

SARJANA SESI 2014

                                                                             
Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Pecahan Program HLP Tahun 2014 adalah seperti berikut :
HLP Peringkat Kedoktoran
Bil.Kategori
1.HLP Am (Dalam Negara)Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.HLP Am (Luar Negara)Terbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di KPM
3.HLP IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
4.HLP IABTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
5.HLP MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
HLP Peringkat Sarjana
Bil.Kategori
1.HLP AmTerbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.HLP IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3.HLP MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja



                                PENGENALAN

                                PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
                                           TANPA BIASISWA (CBBP TB)
                                  PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
                                                                                    SESI 2014
                                                    

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai juga harus mengambil maklum bahawa segala perbelanjaan semasa mengikuti pengajian termasuk Yuran Pengajian adalah dibawah tanggungan sendiri. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Program HLP selepas tawaran diberikan adalah TIDAK DIBENARKAN

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Pecahan Program CBBP TB Tahun 2014 adalah seperti berikut :

CBBP TB Peringkat Kedoktoran
Bil.Kategori
1.CBBP TB AmTerbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.CBBP TB IPGTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3.CBBP TB IABTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
4.CBBP TB MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
CBBP TB Peringkat Sarjana
Bil.Kategori
1.CBBP TB HLP AmTerbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2.CBBP TB MatrikulasiTerbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim